Jom, belajar beribadah bersama-sama!


"Adik-adik, Sendi Cluuub?"
Dengan semangat jitunya, adik-adik yang hanya berbeza pada nama sekolah, jerit sekuat-kuatnya,
"DEKAAAT DI HATI!!!"

Assalamu'alaikum, semua! 
Meh, nak kongsikan sedikit apa yang kami hadiahkan untuk adik-adik semua pada bulan Mei heheh. Ilmu berkenaan dengan ibadah dan akhlak sahsiah nilainya tiada bandingnya. Sebenarnya, ilmu ni, asalkan manfaatnya baik, sememangnya tak ternilai. Jadi, kami hadiahkan adik-adik ni dua hari bersama kami di UIAM, luangkan masa belajar serba sedikit mengenai ibadah dan pada masa yang sama, menyemai akhlak islamiyah yang perlu setiap muslim dan muslimah ada untuk berjaya. 

Alhamdulillah, Sendi Club Ibadah Camp telah diadakan pada 7 & 8 Mei (Sabtu & Ahad), selama 2 hari, 1 malam bertempat di Kulliyyah Economics & Management Sciences, UIAM Kampus Gombak, bersama dengan adik-adik yang datang daripada 3 sekolah berlainan: SK Sentul 1, SK Sentul 2 & SK Batu Muda.

Daripada program ini, adik-adik dapat belajar mengenai solat, wudhu seta ibadah sunat yang lain, secara menyeluruh: daripada sesi teori, sesi tasmi' bacaan, sesi praktikal, selain dapat memperbaiki akhlak sepanjang program.




Mula-mula, semestinya ta'aruf dahulu, pada hari pertama. Mereka dibahagikan mengikut nama tokoh-tokoh Islam, selain Khulafa ar-Rashidin, seperti Khalid al-Walid. Kemudian, adik-adik disajikan games yang menarik, untuk menguji kepekaan dan integriti mereka. Sesi petang untuk hari pertama hanya sebagai warm-up, tujuannya nak adik-adik selesa bersama kawan-kawan dan akak abang yang bersama-sama dengan mereka pada masa itu, tak kiralah para mentor atau komiti.



Solat ditunaikan secara berjemaah. Masa menunggu antara solat Maghrib dan 'Isyaa, masa itulah abang-abang memberi tazkirah, adik-adik juga diberi peluang untuk kongsikan ilmu mereka.



Malam tersebut diakhiri dengan sesi belajar berwudhu dan solat bersama abang dan kakak Sendi Club. Adik-adik dapat tengok sendiri cara betul dan salah, juga fadhilat melakukan perkara-perkara sunat ketika berwudhu dan solat. Esoknya, selepas bangun Qiyamullail, solat Subuh berjemaah, dan tazkirah selepas Subuh, adik-adik kena tasmi' doa qunut, doa dibacakan ketika Solat Subuh, selepas iktidal rakaat kedua. Lagi cepat adik-adik berjaya tasmi' dengan lancar, lagi cepat makan. Haaa, ini memerlukan kerjasama kawan-kawan, kalau kita bantu kawan kita hafal dan tasmi' bersama, lagi cepat kita berjaya bacakan doa qunut bersama. Susah dan senang bersama.



Selepas berjaya siapkan bahan untuk agenda terakhir untuk hari kedua Sendi Club Ibadah Camp 2016, adik-adik akan melakukan senaman ringan dulu, sebelum game Explorace bermula.




A video posted by SENDI CLUB (@sendiclubiium) on


Ni bukan demo tau, tapi, yang ni mereka betul-betul menunakan solat Dhuha berjemaah.
Adik-adik sedang mengenal pasti susunan untuk rukun solat.

Dah penat-penat jelajah satu kulliyah untuk game eksplorace, adik-adik bolehlah berehat sebentar dengan minum pagi, kemudian, bersiap sedia, untuk agenda terakhir yang menguji keberanian adik membentangkan idea: presentation; mereka dikehendaki membentangkan kisah tokoh-tokoh Islam, mengikut kumpulan masing-masing, dibantu oleh para mentor yang hebat heheh.

Sebelum presentation, adik-adik diminta untuk sampaikan cheer kumpulan masing-masing.
Kemudian, baru present, bentangkan segala yang ditulis awal pagi tadi.

Akhir sekali, tibanya masa penyampaian hadiah. Sebelum berpisah, adik-adik bersama abang dan kakak Sendi Club menyanyikan lagu tema untuk program tersebut, iaitu, Sahabat.


Harapnya, adik-adik dapat manfaatkan segala ilmu yang diterima ya melalui program ni.
Terima kasih kepada semuaaa yang terlibat, adik-adik, abang dan akak mentor dan komiti yang berdedikasi, ibu bapa, guru-guru yang sudi hantar adik-adik ini meluangkan masa bersama <3 span="">
Sendi Club Dekat Di Hati <3 span="">

No comments

SENDI Club IIUM 2016. Powered by Blogger.