Warna Warni Kem Jejak Menara Gading !
JMG tyme~ wehee. alhamdulillah, alhamdulillah wa syukur nikmat. Kem Jejak Menara Gading (JMG) telah selamat berlangsung pada 27 hingga 29 Mei lalu. Seramai 138 adik-adik comel tahun enam dari empat buah sekolah telah selamat berkampung di mahallah maryam, uiam selama 3 hari 2 malam. Secara am nya, kem ini bertujuan untuk menyuntik semangat dan motivasi dalam diri adik-adik memandangkan peperiksaan UPSR bakal tiba tidak lama lagi. Selain itu, kem ini juga di adakan untuk mendedahkan mereka akan pentingnya semangat berpasukan dan rasa tanggungjawab di samping menyuntik elemen keagamaan dalam diri adik-adik seperti aktiviti qiyamullai dan solat berjemaah. Alhamdulillah, objektif ini telah pun berjaya di capai dengan bantuan mentor-mentor yang tak kurang semangatnya, juga berkat usaha gigih para komiti seramai 53 orang yang telah berpenat lelah serta memberi komitmen yang sangat tinggi demi menjayakan JMG kali ini. tak lupa kepada abang dan kakak senior Sendi Club sendiri, walaupun masih sibuk dengan praktikal mereka, tapi tetap jua turun padang membantu sama menjayakan kem JMG untuk kali ini. ribuan terima kasih yang tak terhingga atas segala jasa dan pengorbanan yang di lakukan. hanya Tuhan saja mampu membalas segala jasa budi kalian. moga niat murni kita mendapat keberkatan dan keredhaanNya sentiasa. insyaAllah =)
nama dan warna kumpulan~ kuih malaysia sodapp ! =p
peserta bersama abang dan kakak mentor masing-masing:)
Pada 27 mei iaitu hari pertama berlangsungnya program, para peserta telah tiba untuk mendaftar di mahallah maryam pada pukul 4 petang. Ada yang datang menaiki bas dan ada juga yang datang ditemani ibu dan bapa masing-masing. Kegembiraan jelas terpancar dari riak wajah mereka, tanda semangat yang berkobar-kobar untuk datang mnyertai kem Jejak Menara Gading ini . pada petang itu, mereka telah di bahagikan kepada kumpulan masing-masing bersama abang dan kakak mentor yang mana setiap kumpulan merangkumi kesemua peserta dari sekolah yang berlainan. dan mereka telah di beri tugas untuk mencipta trademark dan logo serta bendera kumpulan yang paling kreatif dan menarik. pada malamnya pula, satu sesi ceramah motivasi telah di sampaikan oleh ustaz fuad dr Aliran Bestari tentang tips-tips kecemerlangan di samping sedikit sentuhan motivasi dan ingatan tentang jasa-jasa ibu dan ayah.
Pada hari kedua pula, iaitu 28 mei, pelbagai aktiviti menarik telah di jalankan. pada pagi subuhnya, tepat jam 4.30 pagi, adik-adik telah di kejutkan untuk bangun ber qiyamullai bersama-sama abang-abang dan kakak-kakak berserta tazkirah pagi dan subuh berjemaah. kemudian selepas saja bersarapan, beberapa modul telah di jalankan seperti 'learning is fun' di mana aktiviti ini merangkumi subjek-subjek bahasa melayu, inggeris dan sains. kemudian di ikuti dengan "I'm hero", sukaneka dan juga malam kebudayaan pada malamnya.
kuliah subuh di sampaikan oleh abg ku afif
makan bersama-sama. sedap, enak berkrim ! =)
haaa, sepanjang program ini berlangsung, setiap kumpulan telah diberikan tugasan khusus seperti menyusun selipar, mengemas dewan makan, menyapu sampah dan pelbagai aktivi lain yang adil dan saksama. sedikit sebanyak, ini dapat memupuk rasa tanggungjawab dalam diri adik-adik di samping mewujudkan semangat toleransi antara satu sama lain.
adik-adik bertungkus lumus mnyiapkan tugasan
tadaa~ hasil tugasan. cantik bukan. memang kreatif lah. terbaekk~
I'm hero~ macam-macam ghupe hero adee
sukaneka & war games~ seronokkk ^^
malam kebudayaan. boria, nasyid, pentomen. sume ponn adaa~
dann, pada 29 mei iaitu hari ketiga kem ini berlangsung, mereka masih lagi cergas dan bertenaga untuk menjalankan aktiviti yang disediakan. pagi-pagi lagi mereka telah di bawa berjoging di sekeliling uia sambil menghirup udara pagi yang segar lagi nyaman. pagi itu juga, aktiviti yang terakhir iaitu 'amazing kids' telah di jalankan. aktiviti ini adalah berbentuk explorace yang telah di adakan di sekitar female sports complex uiam. suasana begitu meriah di tambah dengan semangat adik-adik yang begitu berkobar-kobar, cuba untuk merebut kejayaan. pada jam 11 pagi, acara penutupan telah berlangsung. ibu bapa setiap pelajar mula mengerumuni tempat di experimental hall untuk memeriahkan sama acara penutupan JMG ini. turut hadir, guru besar sekolah dari ke empat-empat sekolah dan juga ketua censerve uiam, puan martinell hashim. ketua program JMG ini dalam ucapan nya mengucapkan syukur dan berterima kasih kepada samua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dan memohon ribuan kemaafan atas segala kekurangan dan kelemahan sepanjang program ini di jalankan. beliau juga berharap adik-adik dapat menimba sedikit sebanyak ilmu dan pengalaman berharga sepanjang kem ini berlangsung.
Rasa sayu bila terpaksa berpisah. namun sudah lumrah, setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. moga kita berjumpa lagi di masa akan datang dan pesan kami untuk adik-adik, kuatkan hati, giatkan usaha dan tingkatkan amalan dan ibadah. kejayaan takkan bertandang tanpa adanya usaha yang gigih. Doa kami, moga adik-adik semua mendapat kejayaan yang cemerlang di dalam UPSR dan sentiasa mendapat rahmat dan limpah kurniaanNya. kejayaan adik-adik adalah kejayaan dan kegembiraan kami juge. so, all da besh okeh. sayang kamu semua~ (",)
peace from us~ jumpe lagii ^^
2 comments
Tahniah. Satu sumbangan yang tidak akan dilupakan.
terima kasih untuk cikgu2 juga sbb banyak menolong :)
Post a Comment