Sendi Charity for Homeless


Assalamualaikum, apa khabar para pembaca blog Sendi?
Diharap semuanya sihat sejahtera dan sentiasa didalam rahmatNya J

Alhamdulillah, pada 8hb Mac 2013 iaitu hari Jumaat, Kelab Sendi telah menjayakan sekali lagi program yang diberi nama “Sendi Charity for Homeless” bersama salah satu persatuan NGO yang bertempat di dataran Bank Muamalat, Masjid Jamek. Jelaslah bahawa motif utama program ini adalah untuk memberi bantuan kepada golongan yang kurang bernasib baik iaitu ‘homeless people’ atau para gelandangan dari segi makanan dan juga sokongan moral. Antara individu yang bertanggungjawab disebalik program ini adalah Kak Suri, Kak Anne dan Abg Cae dan ramai lagi. Merekalah yang telah banyak memberi penerangan kepada kami ahli Sendi mengenai program ini.

antara kuih yang kami sumbangkan :)
sesi pembungkusan makanan






Aktiviti ini terdiri daripada 3 peringkat dimana peringkat pertama bermula sekitar jam 10 malam, pengagihan makanan dan minuman seperti mee kuah dan air disediakan. Setelah kesemua para gelandangan yang hadir menikmati makan malam itu, seterusnya peringkat kedua dijalankan iaitu pengagihan makanan dan minuman yang berbungkus disediakan untuk mereka membawa pulang ke tempat masing masing. Lebihan makanan yang berbungkus itu tadi, kemudiannya di bawa ke peringkat ketiga yang dipanggil ‘midnight run’ dimana golongan sukarelawan akan meronda disekitar Kuala Lumpur seperti di puduraya dan chowkit untuk diberikan kepada homeless people yang berada disekitar itu. 

Sekitar jam 2.30 pagi, lebihan makanan yang berbungkus telah habis diagihkan dan kami pulang ke UIAM dengan rasa bersyukur kerana dapat peluang untuk membantu mereka. Sebak rasanya dihati kami apabila melihat kebanyakkan para gelandangan itu terdiri daripada warga emas. Tidak seharusnya kita membezakan antara kita dan mereka yang kurang bernasib baik itu sebaliknya hulurkanlah bantuan dan sifat perikemanusiaan kepada sesama insan. Kami warga Sendi amatlah berbesar hati apabila dapat menyertai program ini dan berharap dapat menyertainya lagi di masa akan datang. Tahniah kepada para komiti yang terlibat dan Program Manager, Sis Darina kerana telah menjayakan program ini dengan lancar dan baik sekali.

Jumpa lagi di entry seterusnya, Wassalam J

No comments

SENDI Club IIUM 2016. Powered by Blogger.