SENDI di SMK Darul Ehsan :D

Assalamualaikum, 


Hi semua, kelab SENDI telah menerima jemputan untuk menjadi fasilitator daripada SMK Darul Ehsan (SMKDE) pada 19hb April, iaitu hari Jumaat yang lepas untuk menjayakan program mereka iaitu Kursus Kepimpinan dan Pembimbing Rakan Sebaya dikalangan pelajar tingkatan 1 & 2. 

Program ini berlangsung separuh hari dimana ianya bermula dari jam 8 pagi hingga jam 12.30 tengahari. Aktiviti dimulakan dengan sesi taaruf dan berbual santai antara para fasilitator dan pelajar-pelajar SMKDE. Seterusnya, aktiviti senaman dilakukan dengan beberapa gerak senaman yang menarik :D

Bro. Illya Farouk selaku ketua fasilitator
Senaman yang dikendalikan oleh para fasilitator



Aktiviti diteruskan dengan modul pertama dan para peserta diminta untuk duduk didalam kumpulan masing-masing dan di pimpin oleh seorang fasi. Dalam modul ini, mereka berkenalan antara satu sama lain dan ditugaskan untuk mencipta ‘cheers’ untuk kumpulan masing-masing.

sesi perbincangan antara peserta dan fasilitator





pembentangan cheers




Setelah kesemua 10 kumpulan membentangkan ‘cheers’ mereka, kami berehat sebentar untuk sarapan pagi yang disediakan oleh pihak guru SMKDE.

Modul seterusnya ialah “KNOW YOUR ROLE” dimana pelajar diberi beberapa tajuk dan mereka hendaklah menulis di atas kertas mahjung dan membentangkannya kepada rakan-rakan yang lain tentang tugasan yang diberikan.










Cenderahati diberikan kepada wakil kumpulan yang terbaik :)
Program berakhir pada jam 1230pm & para fasilitator dijamu dengan makan tengahari oleh pihak SMKDE.

Ini adalah pengalaman yang manis buat kami ahli Sendi, kerana diberi peluang untuk menjadi fasilitator untuk sekolah menengah, kerana sebelum ini kami hanya menjadi mentor untuk pelajar-pelajar sekolah rendah sahaja. 


Apa yang menariknya, kami bukan sahaja menjadi fasilitator untuk pelajar-pelajar yang berbangsa Melayu & Islam, malah bangsa Cina dan India turut terlibat sekali dan ianya menjadi suatu cabaran kepada kami buat pertama kalinya. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar, dan kami berasa gembira kerana dapat berganding bahu bersama SMK Darul Ehsan dalam menjayakan program ini. :)

1 comment

Anonymous said...

Brauchen Sie ein Darlehen. Wir sind legitim und garantieren Darlehen Kreditgeber. Wir sind ein Unternehmen mit finanzieller Unterstützung. Wir leihen Mittel an Einzelpersonen, die finanzielle Unterstützung benötigen, die eine schlechte Gutschrift haben oder Geld benötigen, um Rechnungen zu zahlen, um auf Geschäft zu investieren. Ich möchte dieses Medium verwenden, um Ihnen mitzuteilen, dass wir eine zuverlässige Begünstigte unterstützen, da wir Ihnen gerne ein Darlehen anbieten werden. Kontaktieren Sie uns per Email: hmloans2@gmail.com

Dienstleistungen Rendered gehören

*Schuldenkonsolidierung
* Business Darlehen
*Persönliche Darlehen.
* Auto Darlehen
* Miete und Haus Darlehen

Schreiben Sie zurück, wenn Sie mit unserem Zinssatz von 4% jährlich interessiert sind. Kontaktieren Sie uns per Email: hmloans2@gmail.com

Bitte beachten Sie: Alle interessierten Einzelpersonen müssen eine Nachricht an unsere E-Mail senden für dringende Antwort und Details, um ein Darlehen zu erhalten.

Freundliche Grüße.
E-Mail: hmloans2@gmail.com
+15175650123

SENDI Club IIUM 2016. Powered by Blogger.