Kem Ibadah SK(P) Jalan Batu, Kuala Lumpur


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Syukur nikmat kerana kelab sendi telah selesai mengendalikan satu kem Ibadah yang bertempat di sekolah kebangsaan perempuan jalan batu, kuala lumpur. Program ini dijalankan berikutan jemputan pihak sekolah sendiri. Pihak sendi sangat berbesar hati kerana mendapat peluang untuk mengenal dan membimbing adik adik di SKPJB. Jom kita lihat aktiviti-aktivi yang berlangsung sepanjang 3 hari 2 malam di SKPJB yang bermula pada 12 April sehingga 14 April 2013 =)

Hari pertama
Aktiviti bermula sekitar jam 3 petang dengan ice breaking atau sesi suai kenal. adik-adik dibahagiakn kepada 8 kumpulan yang terdiri daripada 6-7 pelajar. mereka diberi tugas untuk mencari nama kumpulan berdasarkan sifat-sifat mulia berserta dengan sorakan kumpulan masing-masing. 









mereka perlu membentangkan nama kumpulan dan sorakan dihapadan semua kumpulan yang lain. kemudian aktiviti diteruskan dengan sesi talk motivasi: puteri-puteriku sayang pada sebelah malam.

Hari Kedua



Adik-adik diajar untuk berpagi pagian dimulai dengan mengerjakan solat Tahjud dan solat subuh. seusai solat subuh, adik-adik mendengar tazkirah pagi yang diberikan oleh abang din. Kemudian adik-adik didedahkan dengan zikir, doa amalan harian, hukum tajwid dan cara bacaan ayat suci al-Quran dengan betul secara berkumpulan.




 Seusai menguruskan diri pada jam 7 pagi, kakak-kakak dan abang fasilitator memperkenalkan satu senaman pagi untuk dipraktikan setiap pagi. Selepas itu aktiviti diteruskan dengan talk motivasi kedua iaitu mengenai cara berwuduk, cara solat dan kepentingan solat itu sendiri. Pada sebelah petang, latihan untuk malam seni kebudayaan dijalankan. 







Setelah selesai mengerjakan solat magrib dan insyak secara berjemaah, pementasan malam seni kebudayaan daripada adik-adik dipersembahkan yang bertemakan nilai –nilai murni.  Pementasan mereka sangat kretif dan menarik. Apa yang lebih menyeronokkan ialah Cikgu-cikgu SKPJB turut menyediakan BBQ untuk santapan pada malam tersebut.

Hari terakhir
Sekali lagi adik-adik bangun awal pagi untuk mengerjakan solat subuh. Sekitar jam 6.35 pagi, adik-adik ditekankan  lagi mengenai hukum tajwid dan mengaji al-Quran. Alhamdulillah, pencapaian adik-adik meningkat berbanding hari sebelumnya dimana terdapat segelintir pelajar tidak tahu mengaji dan hukum tajwid kini dapat menguasai dengan baik. 


Abang din telah memilih beberapa pelajar secara rawak untuk tampil ke hadapan untuk sesi refleksi diri. ia bertujuan untuk menaikan kesedaran seseorang pelajar itu terhadap pencapaian diri dalam soal agama.






Sekitar jam 10 pagi, majlis penutup berlangsung dan program tamat tepat pukul 12.30. adik-adik pulang dengan ilmu baru yang ditimba dan hadiah pemberian pihak sekolah.

No comments

SENDI Club IIUM 2016. Powered by Blogger.