Ukhuwah Fillah bersama Adik-adik

Assalamu'alaikum, semuaaa! 

Adik-adik, Sendi-ans semua sihat? Sekarang jerebu macam dah datang, jadi harap semua sentiasa bekalkan diri dengan air yang mencukupi, jaga kesihatan, okay? Akak dan abang di sini tak mahu adik-adik sakit, baru seronok nanti dapat join aktiviti Sendi Club akan datang kalau sihat 100%!


Tengok macam adik-adik atas ni! Semuanya, Alhamdulillah sihat. Dapat join satu hari bersama Sendi Club untuk program "Dynamic Mentoring 1" bertemakan 'Ukhuwah Fillah', pada Sabtu, 16hb April, 2016, bertempat di Edu Square, Kulliyyah of Education, UIAM Kampus Gombak.

Apa itu ukhuwah fillah? Tema ini merujuk kepada hubungan kita sesama saudara seagama, tak kira, antara dengan sahabat kita, jiran sebelah rumah, ahli keluarga sendiri, guru-guru di sekolah, saudara seagama dengan kita yang kita mungkin selalu jumpa apabila menunaikan solat berjemaah bersama; hubungan yang terjalin ini diperkuat kerana Allah, kerana agama kita sayang saudara seagama dengan kita.

Jadi aktiviti disediakan adalah untuk menunjukkan betapa pentingnya penjagaan ukhuwah sesama saudara. Moga adik-adik dapatlah terima mesej dan aplikasikan sepanjang hidup, melalui program ini. In shaa Allah.


Bersenam dahulu sebelum modul lain diteruskan. Kang terbelit sendi kalau tak warm-up betul-betul, dah boleh jadi ahli tetap Sendi Club kang.


Untuk salah satu modul, 'Slot Cekerama @ SendiTV', para mentees dikehendaki berlakon mengikut situasi yang diberikan oleh akak dan abang komiti program ini. Haaa...adik ni dah boleh berlakon terus untuk TV3, dramatik sangat gayanya.
 

Dalam slot terakhir ini, adik-adik diberi peluang menunjukkan kreativiti masing-masing.
Begitulah program kedua untuk adik-adik kita daripada SK Sentul 1, SK Sentul 2 & SK Batu Muda. Seronok tengok masing-masing masih lagi mengenali antara satu sama lain, selepas program Mahabbah Day. Moga ukhuwah yang terjalin antara adik-adik ni, walaupun daripada sekolah yang berlainan, dapat kekal hingga ke Jannah. Amiiin, In shaa Allah.


Hingga berjumpa lagi di program seterusnyaaa! Sendi Club Ibadah Camp!!!
Meh adik-adik, jemput semua untuk belajar cara-cara beribadat bersama akak-akak dan abang-abang Sendi Club. 





Tak rugi, dik, siap dapat bermalam di UIA lagi! Jumpa 7 & 8 Mei nanti, yaaa!
Wassalamu'alaikum !!!

No comments

SENDI Club IIUM 2016. Powered by Blogger.