SENDI Family Gathering

Assalamu'alaikum semuaaa.

Hopefully, you guys have a good time with your loved ones, stay sihat and hydrated. Kan musim panas sekarang ni, oleh itu, pastikan minum air masak, bukan air manis or gula or kopi, apatah lagi air seperti Pepsicola. Minum air banyak-banyak, elakkan buat aktiviti yang terdedah dengan cahaya mentari terlalu lama, kang kena strok haba, boleh membawa maut, tau!

Tengok, macam aktiviti SENDI Club baru-baru ini, iaitu SENDI Club Family Gathering for 2016. Yay~! Program ini diadakan pada 10 Mac, bersamaan hari Khamis di Coliseum Kulliyah of Engineering, pada pukul 8 malam. Haa buat aktiviti sebegini waktu malam baru best, dapat merasa angin sepoi tatkala aktif bersorak dan berseronok bersama-sama. Tujuan program ini dilakukan untuk mengukuhkan lagi ukhuwah terbina di antara ahli-ahli kelab SENDI, sekaligus dapat merapatkan jurang antara semua ahli, tak kira baru ke lama ke, tua ke muda. Selain itu, melalui program ini, semua ahli kelab SENDI, terutamanya yang baru, akan diperkenalkan secara menyeluruh mengenai kelab SENDI ini, termasuklah, its club management members and its almanac for the year 2016.







Di samping dapat berjumpa dengan ahli baru dan berkongsi pengalaman dengan mereka, terdapat juga aktiviti yang dapat menghiburkan semua malam tu. Alhamdulillah ramai yang datang, melebihi jangkaan kami pulak tu! Sambutan mereka adalah yang terbaik. Seronok tengok mereka yang rasa terhibur dan selesa sepanjang berada dalam program itu.


 Terima kasih kepada yang berjaya dan sudi luangkan masa bersama SENDI Club. Korang awesome, #SENDIClubOhsem! 

Ramai, bukan? Jadi, persoalan seterusnya, bagaimana kami tarik ahli-ahli baru yang ceria dan aktif ini?


Haaa...sebelum tibanya hari untuk Family Gathering tersebut, sepanjang minggu itu, kami sibuk mempromosikan kelab kami melalui program yang dianjurkan oleh UCCE-Budi, iaitu 'Humantarian Expo 2016'. Kali ini, booth didirikan di depan entrance (for sisters) of Sultan Haji Ahmad Shah Mosque.



Di sinilah kami tarik ramai ahli-ahli baru kami yang berpotensi menjadi mentor-mentor yang berwibawa khas untuk adik-adik nanti, ya. Antara tarikan booth kami,  ada akak-akak ayu, dan abang-abang molek rupa paras akhlaknya, dan mini game 'Kira-kira bintang'. Selain itu, peluang keemasan seperti ini kami gunakan untuk mempromosikan produk kami iaitu 'button badge' dan SENDI Shirt! 


Haa...cakap pasal SENDI Shirt ni, bagi yang berminat bolehlah hubungi akak dan abang yang tertera di atas poster atas ni. Lawa, bukan? Kalau berminat, apa lagi? Jom order beramai-ramai.

Baiklah, kita jumpa lagi on the next program! Ciao dan wassalamu'alaikum!
Ingat, apa yang penting? Kesihatan! Jaga diri elok-elok okay (:




No comments

SENDI Club IIUM 2016. Powered by Blogger.