Tak BerSENDIrian lagi~

Assalamu'alaikum, semuaaa! 

Wishing you all happiness and well in the best of health, also taqwa by the grace of Allah S.W.T., amiiin. In shaa Allah. Walaupun dah sebulan meninggalkan 2015, moga-moga SENDI Club masih lagi bertakhta di hati kamu semua. Jadi, apa perancangan SENDI Club tahun ini?

Jeng jeng jeng~



Sebelum itu, let's do a recap for activities held in the end of 2015.


On 25th November of 2015, Wednesday, the annual general meeting (AGM) of SENDI Club was held at Mini Auditorium, IIUM Gombak Campus. AGM ini dirasmikan oleh Puan Norazah binti Md. Idrus, daripada English Language Division, CELPAD IIUM, selaku penasihat kelab SENDI kita ini. Tujuan AGM ini diadakan adalah untuk menyampaikan laporan tahunan berkaitan dengan aktiviti-aktiviti dan juga pencapaian atau prestasi kelab ini kepada semua yang menghadiri majlis rasmi tersebut. The annual report of  SENDI Club for tenure of 2014/15 was presented by the leaders i.e. the main board of SENDI Club of 2014/15. Banyak juga perubahan baik untuk kelab SENDI pada tahun 2015. Harap-harap untuk tahun 2016 ini, kelab SENDI mampu mencapai semua target dan objektifnya. In shaa Allah.

Selain itu, salah satu objektif majlis ini adalah untuk memperkenalkan kepada semua the new exco of SENDI Club for tenure 2015/16. Berikut merupakan barisan exco kelab SENDI bagi tahun 2015/16:





Barisan exco ramai antara mereka baru lagi, tapi yang penting, presiden kelab SENDI takkan berubah. Go, Bro Hifzi! Selepas memperkenalkan exco kelab SENDI yang baru, tamatnya AGM Sendi untuk tahun 2015. Tahniah bagi yang terpilih!


The last event for the year 2015 handled by SENDI Club was Annual Grand Dinner or AGD. AGD kali ini bertemakan 'secret garden', atau secara harfiahnya, konsep AGD kali ini berkaitan dengan bunga. Bukan 'Secret Garden' drama Korea tu. Jadi, yang menghiasi dan memenuhi dewan serbaguna Mahallah Maryam itu semua berpakaian bertemakan bunga, tak kira lah brothers or sisters.

Malam ini hanyalah untuk meraikan dan menghargai semua ahli kelab SENDI dan para mentor kita, setelah berjaya mengharungi detik-detik bermakna bersama kelab SENDI sepanjang tahun 2015 ini. Untuk mengisi malam ini, antara aktiviti yang diselitkan ialah 'Jangan Lupa Lirik', 'Kotak Beracun', dan akhir sekali, 'Duri dalam Daging'. Majlis ini diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada insan-insan yang bertuah.






Itulah aktiviti-aktiviti terakhir oleh kelab SENDI. Jadi, apa perancangan terbaru SENDI?


SENDI Club started its year of 2016 with their first outdoor activities with motivational objectives; those are, to strengthen the bond established between the new management board members, as well as for sharing knowledge purposes among the members. Knowledge here also refers to experiences and tips by the previous tenure. This activities also known as 'Strategic & Leadership Training of SENDI Club for 2016'. It had two parts: the first one was held by UCCE-Budi for the main management board members, and the second one was held by SENDI Club itself for the management board.

Pada 5 - 7 Februari, 2016, UCCE-Budi telah mengadakan kem 'Strategic Planning Workshop' bagi semua kelab yang berada di bawah naungan perbadanan tersebut. Kem ini diadakan di Cherok Paloh, Pekan, Pahang. Terdapat 58 orang peserta kem ini, termasuklah wira dan wirawati kelab SENDI kita ini: Presiden Hifzi, Naib President 1 & 2 Bro Amsyar dan Sis Farah Nadia, dan juga Setiausaha 1 kita, Sis Najwa.

Minggu seterusnya, satu lagi program yang dinamakan 'Strategic & Leadership Training of SENDI Club for 2016' atau nama pendeknya 'SENDI Club Induction for 2016' khusus untuk management board of SENDI Club. Program ini dilakukan untuk dua hari, 13 & 14 Februari. Hari pertama hanya fokus untuk membina dan memperkuat ukhuwah antara ahli kelab SENDI. Jadi, hari pertama bertemakan santai dan aktiviti-aktiviti yang dilakukan sangat menyeronokkan dan santai, memandangkan ia dilakukan di luar kawasan UIA, iaitu di Sungai Pisang, Gombak! Seronok dapat main air dan barbeku di tepi sungai, di samping dapat meneroka hutan sikit-sikit. Hehe.






Hari kedua barulah serius sikit. Dalam hari kedua, almanac atau perancangan SENDI kelab telah pun dibentangkan oleh tuan presiden kelab kita. Selain itu, setiap biro juga membentangkan perancangan masing-masing. Ingin tahu apa perancangan kami untuk tahun ini? Marilah sertai kelab SENDI!






SenamSENDI juga telah dipra-tontonkan pada hari itu. Patutnya ada video, tapi nanti tak menjadi kejutan lah kalau semua dah tengok. Joinlah SENDI Club, meh kita bersenam bersama. Kali ini, disamping ada jualan butang (button badge) dan SENDI Shirt, kami juga ada hashtag sendiri ececeh kami dah #takberSENDIrian lagi

Itulah SENDI Club akhir tahun 2015 dan awal tahun 2016. Jumpa nanti, semuaaa. Kehadiran kamu semua, bahagia tuk kami. Haa gituu. Sekian, wassalamu'alaikum w.b.t. (:

No comments

SENDI Club IIUM 2016. Powered by Blogger.