JEJAK MENARA GADING 2015

Assalamualaikum semua
Rindu Sendi Club tak?

Kalau rindu baca bawah...




Alhamdulillah dah berlangsung satu program yang agak besar dan meriah yang diberi nama Jejak Menara Gading

Program Jejak Menara Gading kali ini berlangsung dalam suasana aman permai dari 9 hingga 10 Oktober 2015.

Kenapa diberi nama Jejak Menara Gading?

Sesuai dengan nama program, Jejak Menara Gading atau nama singkatanya JMG ini adalah untuk menarik minat dan membawa adik-adik mente ke landasan yang betul selepas menamatkan peperiksaan UPSR mereka.

Bak kata Bro jemputan dari Unit Kaunseling UIAM,

" Adik-adik mentee ini umpama berubah dari satu dimensi ke dimensi yang lain ".

Maksudnya perubahan dari segi suasana di sekolah rendah ke suasana di sekolah menengah yang lebih mencabar dan perlu jati diri yang kuat.

Justeru itu Sendi Club memainkan peranannya selaku kelab berasaskan mentoring no 1 di UIAM menganjurkan JMG kali ini dengan tema "Together We Lead to the Road of Success".

Alhamdulillah, Sendi Club tidak berkeseorangan dalam menjayakan misi ini, kerana dibantu oleh Mahallah Representative Committee Al-Faruq dan juga Volunteers of Censerve dari segi bantuan tenaga mahupun dana.

Program bermula pada jam 3 petang Jumaat 9 Oktober dengan sesi pendaftaran, diikuti dengan exporace yang cukup menguji mental dan fizikal adik mentee, seterusnya pada malamnya diadakan sesi motivasi yang membangkitkan kembali semangat adik mentee untuk terus meraih kejayaan.

Seterusnya keesokkan hari diadakan qiamullail seawal jam 5 pagi, diikuti dengan senamrobik, seterusnya slot "ASEAN dan Powtoon" dan diikuti dengan bergambar kenangan di tangga besar UIAM.

Majlis penutup diadakan di Auditorium A Kuliyah Engineering pada jam 2 petang sehinggalah 5 petang.

Akhir kata, Sendi Club selaku penganjur utama JMG kali ini ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada Guru Besar dan juga cikgu dari SK Batu Muda dan SK Sentul 2. Juga kepada Principal Mahallah Al-Faruq, Abang Jali selaku wakil UCCE Budi, ibubapa dan semua yang terlibat didalam JMG kali ini. Semoga Allah membalas jasa baik kalian. Amin.

Sekian. Terima Kasih dan Jumpa Lagi.

Wassalam...





















No comments

SENDI Club IIUM 2016. Powered by Blogger.