MASS GATHERING 2015


Assalamualaikum
Salam sejahtera kepada semua

Pada 27 Februari 2015 yang lepas telah berlangsung satu program anjuran Sendi Club iaitu Mass Gathering 2015. Ia bertujuan untuk mengumpulkan semua ahli yang baru sahaja mendaftarkan diri sebagai ahli Sendi Club IIUM bagi tahun ini. Alhamdulillah sambutan yang agak memberansangkan dengan kehadiran yang agak ramai pada malam tersebut. Dianggarkan hampir 100 orang ahli kelab yang baru datang memeriahkan lagi majlis.

Program dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran bagi memberkati lagi majlis tersebut. Seterusnya slot tayangan video organisasi Sendi Club bagi tahun ini dan juga tayangan video program sepanjang tahun 2014 yang bertujuan untuk mempromosikan aktiviti-aktiviti yang telah Sendi Club jalankan pada tahun lepas dan seterusnya menarik minat ahli baru untuk turut serta semasa program tahun ini.

Suasana program semakin meriah semasa cabutan bertuah diumumkan. Masing-masing berharap diri sendiri yang bertuah. Tetapi hanya 5 orang pemenang sahaja yang bertuah memenangi hadiah yang cukup lumayan dari Sendi Club. Program dilanjutkan dengan pembahagian hadiah kepada para pemenang yang dipilih dalam kalangan peserta sendiri mengikut kategori seperti :

1) Peserta paling bergaya.
2) Peserta paling happening
3) Peserta dengan senyuman paling menawan
4) Peserta datang paling awal

Alhamdulillah tepat jam 11 malam selesai sudah Mass Gathering pada kali ini. Sebelum bersurai diadakan sedikit jamuan ringan kepada tetamu yang hadir pada malam ini. Jutaan terima kasih diucapkan kepada tetamu yang sudi meluangkan masa untuk bersama Sendi Club dan diharapkan momentum yang cukup memberangsangkan ini akan sentiasa berkekalan sehingga ke penghujung tahun. InsyaAllah. 

Terima kasih 











No comments

SENDI Club IIUM 2016. Powered by Blogger.