MAHABBAH DAY

Assalamualaikum. Hai adik-adik. Semua sihat ke?
Diharapkan semua mentee-mentee Sendi Club sihat sejahtera, InsyaAllah.


Pada 4 April 2015 yang lepas, Sendi Club IIUM telah berjaya menjalankan suatu program yang cukup meriah yang dikenali sebagai Mahabbah Day. Program ini telah berlangsung di Main Auditorium Kuliyyah of Engineering. Selama 4 jam ianya berlangsung dengan pelbagai aktiviti dan modul-modul yang menarik untuk para mentee yang telah datang ke program ini bersama para ibubapa tercinta.

Program berlangsung seawal jam 8 pagi dengan bacaan doa pembuka majlis. Seterusnya di isi dengan sesi ucapan daripada Presiden Sendi Club, Bro Mohammad Hifzi bin Ali dan diikuti dengan sesi ucapan daripada wakil Censerve dan juga dari wakil guru yang mewakili 2 buah sekolah angkat Sendi Club iaitu SK Batu Muda dan juga SK Sentul 2.

Objektif program Mahabbah Day kali ini ialah untuk merapatkan lagi hubungan antara ahli Sendi Club, pihak Censerve selaku penaung Sendi Club, pihak guru selaku tenaga pengajar para mentee dan juga pihak ibubapa para mentee. Justeru diharapkan daripada Mahabbah Day kali ini pihak guru dan ibubapa mentee dapat mengetahui dengan lebih jelas matlamat dan halatuju Sendi Club dalam membimbing anak-anak tuan dan puan kearah melahirkan generasi yang bermanfaat untuk manusia sejagat disamping memantapkan lagi sahsiah diri mereka. InsyaAllah.

Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang telah dijalankan sepanjang Mahabbah day berlangsung bagi merapatkan lagi hubungan mentee dengan para mentor dan juga bagi mengasah daya fikir mereka supaya lebih tajam dalam pelbagai situasi yang kian mencabar kini.

Pada akhir program dijalankan upacara pembahagian hadiah untuk para mentee yang berjaya muncul juara dalam setiap aktiviti yang telah dipertandingkan. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan kepada yang tidak menang juga tahniah kerana berjaya bersaing secara sihat. Program ditutup dengan majlis jamuan makan untuk para tetamu jemputan, ibubapa dan juga mentee.

Kami selaku penganjur Mahabbah Day ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada mentee yang sudi datang pada program kali ini terutamanya kepada para ibubapa dan juga guru-guru yang sudi meluangkan masa hampir setengah hari dalam menjayakan Mahabbah Day kali ini walaupun masing-masing sibuk dengan urusan luar. Terima kasih hanya Allah sahaja yang layak membalas jasa baik tuan puan.


Wassalam semuaaa.


Rindu, SENDI Club <3 p="">

No comments

SENDI Club IIUM 2016. Powered by Blogger.