DYNAMIC MENTORING 3

Assalamualaikum,

Alhamdulillah Dynamic Mentoring 3 telah berjaya dilaksanakan dengan kerjasama yang padu antara komiti-komiti dan mentor-mentor yang sangat hebat. 

Program ini telah dijalankan di Sekolah Kebangsaan Sentul 2, Kuala Lumpur pada 9 Mei 2015 baru-baru ini bermula pukul 8 pagi dan berakhir pada jam 12:30 tengah hari. Program dimulakan dengan bacaan doa pembuka majlis diiringi ucapan daripada pengarah program DM3 iaitu Bro. Mohamad Amsyar. Program ini melibatkan 39 orang pelajar dari sekolah tersebut. DM3 kali ini membawa tema "Healthy Meal" bertujuan mendedahkan kepada para mentee tentang amalan pemakanan dan gaya hidup sihat. Mereka diajar mengenai jenis-jenis amalan pemakanan yang sewajarnya menjadi rutin harian bagi mendapatkan tubuh badan yang sihat di samping dapat mengelakkan diri daripada pelbagai penyakit. 

Selain itu, program ini juga bertujuan memupuk semangat kerjasama antara para mentee dalam sesebuah kumpulan. Melalui aktiviti berkumpulan yang disediakan, sedikit sebanyak ia berjaya memberikan hasil yang positif apabila para mentee membuktikan bahawa mereka mampu untuk bekerjasama dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan. Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan oleh pihak komiti untuk para mentee. Antaranya ialah "explorace" dan aktiviti mencipta lagu berdasarkan gambar amalan pemakanan sihat yang diberikan. 

Sebelum melabuhkan tirai, program ini diserikan lagi dengan upacara penyampaian hadiah kepada para mentee oleh Bro. Mohammad Hifzi selaku presiden Kelab Sendi 2015. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Program diakhiri dengan sesi fotografi bersama para komiti, mentor dan mentee. Diharapkan program seperti ini dapat dilaksanakan pada masa akan datang. Terima kasih kepada semua yang memberikan kerjasama serta semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. 











No comments

SENDI Club IIUM 2016. Powered by Blogger.