Training of Trainer 2015






Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Diharap semuanya sihat semua, insyaAllah.

Bersua kembali kita setelah cuti panjang hampir sebulan. Tahun baru mengantikan tahun lama, azam baru mengantikan azam lama, seperti itu juga Sendi Club IIUM pada tahun ini, orang baru mengantikan orang lama yang telah banyak berjasa.

Sendi Club IIUM pada tahun ini digerakkan oleh kebanyakannya muka-muka baru. Justeru sebagai langkah proaktif dan efektif, maka Sendi Club IIUM telah pon menganjurkan satu bengkel latihan yang dipanggil sebagai Training of Trainer untuk membimbing ahli tenure yang baru mengendalikan Sendi Club bagi tahun ini dan seterusnya menadaptasikannya ketika menjalankan program-program yang akan datang.

Bengkel diadakan pada 15 Feb 2015 bertempat di Lecture Room, Kuliyah of Education pada jam 9 malam.
Pelbagai aktiviti menarik diadakan sepanjang program berlangsung. Sebagai mukaddimah, sesi suaikenal diadakan terlebih dahulu supaya ahli kenal akan rakan-rakan sejawatan mereka. Disamping itu, diadakan juga permaianan yang menarik untuk mengukuhkan lagi persahabatan dan menguatkan persefahaman mereka dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

Pada keesokkan harinya pula, didakan sesi pembentangan oleh setiap biro. Pembentangan adalah berkenaan misi dan perancangan setiap biro untuk memantapkan lagi Sendi Club IIUM melalui jobscope masing-masing. Bengkel TOT tamat pada jam 12 tengahari. Diucapkan jutaan terima kasih kepada ahli kelab yang datang menghadirkan diri walaupun pada hari cuti. Syukran.










No comments

SENDI Club IIUM 2016. Powered by Blogger.