SENDI GRAND DINNER 2014

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Dan selamat sejahtera semua
Diharap semuanya sihat wal'afiat. InsyaAllah.

Pada 29 November 2014 yang lepas telah berlangsung Annual Grand Dinner (AGD) bagi Sendi Club IIUM. AGD merupakan satu aktiviti tahunan yang wajib dan ia merupakan aktiviti penutup bagi segala aktiviti kelab sepanjang tahun tersebut. Pada malam tersebut merupakan malam untuk meraikan semua ahli kelab yang terbabit secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan seluruh aktiviti kelab sepanjang tempoh tahun 2014.

Tema AGD pada kali ini agak berbeza dengan AGD yang sebelumnya kerana tema pada kali ini agak istimewa dan berlainan untuk semua. AGD pada kali ini mengunapakai tema Ala Bollywood. Para jemputan yang datang pada malam tersebut sememangnya muncul dengan pelbagai penampilan yang unik dengan busana ala bollywood bak pelakon Hindustan, Shah Rukh Khan dan Pretty Zinta. Masing-masing cuba menonjolkan diri sebagai hero dan heroin filem Hindustan kerana terdapat anugerah dan hadiah bagi pasangan yang kelihatan seiras-iras bintang Bollywood.

Juadah pula tidak jauh bezanya dengan masakan ala hindustan dengan pelbagai manisan tersedia yang diimport khas dari Mumbai dan pelbagai lagi masakan dan juadah yang apabila dimakan terasa seperti berada di kaki pergunungan Himalaya dengan diiringi oleh lagu-lagu bollywood yang pastinya menambahkan lagi mood bollywood pada malam tersebut.

Ditambah lagi dengan kehadiran kumpulan "Misaicoustic" yang diterbangkan khas dari New Delhi bagi menyerikan lagi AGD pada kali ini dengan lagu-lagu bollywood nyanyian mereka. Yang pastinya semua jemputan pada malam tersebut sangat gembira dengan konsep dan aturcara majlis yang berjalan lancar disamping dapat menjamu selera dan berkenalan dengan lebih rapat sesama ahli kelab.

"Namaste" ataupun terima kasih dalam bahasa melayu diucapkan kepada komiti bagi AGD pada kali ini, para hadirin yang datang memeriahkan majlis dan tidak lupa juga kepada alumni kelab sendi yang masih sanggup meluangkan masa bersama Sendi Club IIUM. Kepada ahli yang telah tamat tempoh berkhidmat dengan Sendi Club IIUM, kami selaku organisasi yang baharu mengucapkan jutaan terima kasih tak terhingga kepada anda semua yang telah menjayakan program-program yang telah berlangsung dan seterusnya menaikkan lagi nama Sendi Club IIUM. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa baik kalian, moga semuanya akan kekal terpahat dihati sebagai kenangan terindah. InsyaAllah.

Moga kita berjumpa lagi,
Terima kasih,
Namaste.


















No comments

SENDI Club IIUM 2016. Powered by Blogger.