Sendi Grand Mentee Challenge (SGMC) 2014



Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua,
Selamat datang ke blog kami, Semaian Budi Club IIUM,
Apa khabar anda disana,
Semoga anda semua sihat selalu hendaknya.

Alhamdulillah, telah berlangsung satu lagi program anjuran Sendi Club IIUM pada 15 November 2014 yang lalu bertempat di Audi A, Kuliyyah of Engineering IIUM. Program kali ini diberi nama " Sendi Grand Mentee Challenge ". Ia merupakan satu program tahunan dan wajib dalam kalendar aktiviti Sendi Club IIUM. Sendi Grand Mentee Challenge atau singkatannya SGMC adalah bertujuan untuk menghimpunkan adik-adik mentee dari empat buah sekolah angkat Sendi Club IIUM iaitu SK Batu Muda, SK Menjalara, SK Sentul 2 dan SK Taman Bukit Maluri dan diadakan pelbagai aktiviti menarik sepanjang program tersebut berlangsung. 

SGMC pada kali ini menghimpunkan pelbagai aktiviti/modul menarik seperti pertandingan menjawab kuiz secara spontan, membina bandar daripada bahan-bahan seperti kotak,gam,gunting dan lain-lain. Penutup aktiviti bagi SGMC kali ini telah diadakan 'explorace'. Semasa explorace, adik-adik mentee telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil sekitar 6-7 orang dan perlu menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh abang dan kakak mentor disetiap 'checkpoint' yang telah disediakan disekitar Bangunan Kuliyah Kejuruteraan. 

SGMC kali ini umpama satu medan pertandingan untuk adik-adik mentee menunjukkan bakat mereka dalam pelbagai aspek seperti kepimpinan, kretiviti,  kebolehan berkomunikasi dihadapan khalayak ramai serta kemampuan untuk menyelesaikan tugasan dalam jangka masa yang diberikan. Justeru daripada aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan, Sendi Club IIUM berharap agar adik-adik mentee dapat menjadi seorang yang berguna kepada masyarakat tidak kira dalam apa bidang yang diceburi. Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud, 

" Manusia yang terbaik adalah manusia yang berguna kepada masyarakat ". 

Pada sebelah petang pula, tibalah sesi penutup bagi SGMC pada kali ini. Pihak Sendi Club IIUM telah menjemput beberapa orang kenamaan bagi merasmikan majlis penutup SGMC ini antaranya Encik Khairulzain selaku penolong senior dari pihak Censerve, Encik Ariffin dari SK Taman Bukit Maluri, Puan Rohainih dan Puan Sharifah dari SK Batu Muda.

Acara penutup SGMC dimulakan dengan bacaan doa bagi merahmati perjalanan porgram serta bersyukur kehadratNya kerana dengan izinNya telah berlangsungnya SGMC pada kali ini. Seterusnya disambung dengan ucapan pembukaan oleh presiden Sendi Club IIIUM iaitu Saudara Abdullah Afeeq dan disusuli ucapan oleh Encik Khairulzain dari pihak Censerve IIUM dan Encik Ariffin selaku wakil guru pengiring.

Pada akhir program, diadakan upacara pemberian hadiah kepada para pemenang. Berikut adalah senarai nama penerima anugerah dan hadiah :

Anugerah Mentee Terbaik Lelaki : Adik Mohd Raiyan Akiid (SK Batu Muda)
Anugerah Mentee Terbaik Perempuan : Adik Anis (SK Taman Bukit Maluri)
Anugerah Mentor Terbaik : Muhammad Naim
Anugerah Sekolah Terbaik : Sekolah Kebangsaan Batu Muda

Dengan berakhirnya upacara pemberian anugerah dan hadiah, maka berakhirlah sudah program SGMC pada kali ini. Sedih rasa dihati untuk meninggalkan adik-adik mentee semua setelah sekian lama kita duduk, berdiri, berlari dan bergurau senda dalam satu program ke satu program sehinggalah ke program SGMC ini kerana inilah program terakhir abang-abang kakak-kakak mentor dan para komiti dari Sendi Club bersama adik-adik sekalian untuk tahun ini. Kami semua dari Sendi Club ingin memohon seribu kemaafan andai ada tersilap dalam semua aspek dan ingin mengucapkann jutaan terima kasih kepada semua terutama adik-adik mentee kerana telah menjayakan kesemua program yang telah kami adakan. Kami mendoakan semoga adik-adik berjaya dalam hidup tidak kira dalam apa bidang yang diceburi. Akhir kata, sekian terima kasih dan semoga kita berjumpa lagi pada tahun-tahun akan datang. 

" We care, we educate "

Sendi Club of IIUM























































No comments

SENDI Club IIUM 2016. Powered by Blogger.