SENDI CLUB EDU VISIT


SENDI CLUB EDUCATIONAL VISIT


Melati kuntum tumbuh melata, 
sayang merbah dipohon cemara, 
assalamualaikum mulanya kata, 
saya berikan sebagai pembuka bicara.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua.

Hai semua. Diharap semuanya sihat sejahtera dan berbahagia.

Edis kali ini membicarakan program Educational Visit atau singkatannya Edu Visit. Dalam bahasa melayu bermaksud lawatan sambil belajar. Alhamdulillah, program Edu Visit Sendi Club kali ini telah diadakan pada 8 November 2014(Sabtu) dan telah berjalan dengan lancar walaupun terdapat beberapa perkara yang tidak disangkakan berlaku sepanjang program, namun pihak urusetia berjaya menempuh halangan tersebut secara bijaksana.

Edu Visit kali ini bertempat di Taman Botani Kepong. Jaraknya dalam anggaran 10 kilometer dari UIAM. Taman Botani Kepong adalah satu tapak yang dibangunkan oleh FRIM iaitu Forest Research Institute of Malaysia bertujuan untuk memaparkan pelbagai spesis pokok dan tumbuhan terutamanya tumbuhan hidup dari negara kita selain sebagai platfom penyelidikan dalam bidang botani dan bidang-bidang lain yang berkaitan. 

Kami tiba disana pada pukul 8.15 pagi dengan cuaca yang agak mendung. Suasana disana sedikit lenggang dengan pengunjung yang sepatutnya penuh disebabkan hari tersebut hari minggu. Pelbagai aktiviti menarik diadakan sepanjang program antaranya membuat tabung berbentuk haiwan daripada kotak dan juga explorace. Di setiap chekpoint explorace, adik-adik mentee dikehendaki menjawab dengan betul setiap soalan yang ditanya oleh abang dan kakak mentor. Kalau tidak kumpulan tersebut akan dikenakan denda.

Sebenarnya banyak lagi aktiviti menarik yang telah dirancang sepanjang Edu Visit kali ini, namun kerana cuaca yang tidak mengizinkan, aktiviti tersebut terpaksa dihentikan demi keselamatan kita semua.

Edu Visit kali ini ditutup dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan yang telah diadakan. Untunglah adik-adik, datang dijemput balik pula dapat hadiah lagi.

Akhir kata, kami dari pihak Sendi Club UIAM ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah secara langsung mahupun secara tidak langsung dalam menjayakan program Edu Visit kali ini. Kepada adik-adik peserta kami ucapkan sebesar-besar tahniah kerana dapat hadir dan seterusnya memberikan tenaga yang penuh semangat dalam menjayakan program ini. Kami tutup tinta pada kali ini dengan ucapan assalamualaikum dan semoga kita jumpa lagi pada program akan datang.

Terima kasih,
We love you all.
















































No comments

SENDI Club IIUM 2016. Powered by Blogger.