FAMILY DAY SENDI CLUB 2014

FAMILY DAY SENDI CLUB 2014

Alhamdulillah, pada 01 November 2014 yang lepas pihak Sendi Club UIAM telah berjaya mengadakan satu program "Family Day" dikalangan adik-adik mentee dan juga abang-abang serta kakak-kakak mentor dari UIAM.

Program ini bertujuan untuk merapatkan lagi ukhuwah dan tali persaudaraan sesama ahli kelab Sendi, samada yang baru mahupun yang sudah senior, malah sesama murid-murid peserta daripada sekolah yang menjadi sekolah angkat kepada Sendi Club UIAM.

Pelbagai sukaneka menarik telah diadakan sepanjang program tersebut, antaranya teka bahan dapur dengan mata tertutup, bola air kain pelikat, teka gambar dan banyak lagi. Semua mentee dan mentor sama-sama menyertai sukaneka yang telah diadakan dengan perasaan yang cukup gembira dan bersemangat.

Walaupun penat dengan pelbagai acara sukaneka, tetapi akhirnya penat para peserta program terubat apabila diakhir program telah berlangsungnya majlis penyerahan hadiah berupa hamper kepada peserta yang beraya memenangi acara yang dipertandingkan. Manakala saguhati pula diberikan kepada setiap peserta yang menyertai sukaneka tersebut.

Tepat jam 12.30 tengahari acara program pon melabuhkan tirainya. Sedikit jamuan ringan disediakan untuk para peserta dan komiti yang terlibat.

Akhir kata, kami dari pihak Sendi Club UIAM ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh peserta yang datang menjayakan program "Family Day" pada kali ini. Tidak lupa juga kepada barisan komiti program yang bertungkus-lumus sebelum, semasa, dan selepas program untuk memastikan kelancaran program berlangsung. Kami akhiri tulisan pada blog ini dengan ucapan " terima kasih daun keladi, budi yang baik dikenang sampai mati ".

Assalamualaikum. Jumpa lagi  :-)

We Educate, We Care

*********   Galeri Gambar Program     ***********





















































No comments

SENDI Club IIUM 2016. Powered by Blogger.