Extraordinary General Meeting

Assalamualaikum semua.

Sehat ke? Apa khabar?
Moga-moga sehat sentiasa.
Buat adik-adik yang baru mendaftar diri di UIA, akak bagi pihak Kelab Sendi ingin mengucapkan
"Ahlan wasahlan 'ila IIUM", "Selamat datang".
Buat abang-abang dan kakak-kakak senior, selamat kembali belajar. Moga-moga dipermudahkan urusan belajar.

Pada hari Rabu baru-baru ni, kami dari Kelab Sendi telah mengadakan Extraordinary General Meeting. Tepat jam 8.00 malam kami berkumpul dan agenda tersebut dimulakan dengan bacaan doa dari saudara Muhammad Najmeen.

Saudara Nubaili sedang mempengerusikan majlis ini.

Kemudian, diteruskan dengan ucapan Presiden kita iaitu Saudara Muhsin untuk menyampaikan amanah beliau kepada semua ahli Sendi. Atas sebab-sebab tertentu, saudara Muhsin terpaksa melepaskan amanah kepada Saudara Afeeq. Kami semua doakan agar Muhsin tabah menghadapi ujian yang ALLAH berikan.

Daripada Anas RA katanya, telah bersabda Rasulullah SAW, “Jika Allah menghendaki kebaikan bagi seseorang hambanya, disegerakan bagi hamba itu balasan sewaktu di dunia. Sebaliknya jika Allah menghendaki dengan hambanya keburukan ditangguh pembalasan itu supaya disempurnakannya di hari kiamat. Nabi SAW bersabda, “Sesungguhnya besarnya pahala itu bergantung pada besarnya ujian, sesungguhnya Allah itu apabila dia mengasihi sesuatu kaum dia menguji mereka dengan kesusahan. Sesiapa yang reda dengan kesusahan itu akan mendapat keredhaan Allah dan siapa yang tidak redha maka dia akan menerima kemurkaan Allah.”




Ucapan daripada saudara Afeeq

Selepas itu, kami dijamu dengan juadah yang sedap yang telah disediakan.


Gambar beramai-ramai sebelum pulang.



Ukhuwah itu bukan pada waktu senang sahaja,
tapi pada waktu susah yang menggambarkan sekuat mana ukhuwah kita.
Kepada semua, ingatlah yang kami sentiasa ada untuk kalian.


No comments

SENDI Club IIUM 2016. Powered by Blogger.