Dynamic Mentoring 4


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Hai adik-adik.
Hai abang-abang.
Hai kakak-kakak.
Diharap semuanya sihat sejahtera, InsyaAllah.

Alhamdulillah, telah berlangsung sutu lagi program yang telah menjadi program rasmi tahunan Sendi Club IIUM pada minggu lepas. Program yang diberi nama "Dynamic Mentoring 4" ini adalah kesinambungan untuk kali keempat program Dynamic Mentoring versi 1,2 dan 3 yang telah berlangsung beberapa bulan yang lepas. Pada edisi kali ini, Dynamic Mentoring 4 menjanjikan suatu kelainan daripada edisi-edisi yang lepas. Butiran program adalah seperti berikut :

Nama Program : Dynamic Mentoring 4
Tarikh : 27 September 2014
Tempat : Colosseum Kuliyah Engineering
Masa : 8.30 pagi - 2 petang

Dynamic Mentoring 4 kali ini disertai oleh seramai 84 peserta dari 3 buah sekolah angkat bagi Sendi Club iaitu Sekolah Kebangsaan Batu Muda, Sekolah Kebangsaan Menjalara dan Sekolah Kebangsaan Sentul 2. Peserta yang hadir adalah dari Tahun 4 dan Tahun 5 sahaja kerana peserta Tahun 6 terpaksa berhadapan dengan peperiksaan ulangan UPSR 2014.

Alhamdulillah, Dynamic Mentoring 4 kali ini telah mendapat kerjasama daripada pihak Censerve IIUM dengan menyediakan 2 buah bas untuk membawa para peserta dari sekolah mereka ke tempat program. Terima kasih diucapkan kepada pihak Censerve IIUM.

Akhir kata, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua para komiti program Dynamic Mentoring 4 untuk kali ini, terima kasih kepada para mentor yang turun menjayakan program, para guru pengiring, para ibu bapa para peserta dan yang paling kami berterima kasih adalah untuk semua adik-adik peserta yang datang memeriahkan Dynamic Mentoring 4 kali ini.

" You are the best ! "

Sebelum berpisah, jom kita layan galeri gambar sepanjang program berlangsung.. Ada tak muka masing-masing ? Hehe

















































































No comments

SENDI Club IIUM 2016. Powered by Blogger.