DYNAMIC MENTORING 3 2014

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah, pada 5 Julai 2014 yang lalu, Sendi Kelab UIAM telah mengadakan program Dynamic Mentoring 3 yang bertempat di Sekolah Kebangsaan Sentul 2.



Bersesuaian dengan bulan Ramadhan, tema Dyamic Mentoring pada kali ini ialah "ohmyRamadhan!". Program ini telah disertai oleh adik-adik dari Sekolah Kebangsaan Sentul 2 dan Sekolah Kebangsaan Batu Muda. 




Para komiti dan mentor bertolak dari UIAM ke Sekolah Kebangsaan Sentul 2 pada jam 8 pagi dan ketibaan kami disambut oleh adik-adik. Seterusnya, sesi pendaftaran diadakan di dewan dan adik-adik telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan serta setiap kumpulan diberi 2 orang mentor.




Modul pertama ialah sesi "ice breaking" bertujuan untuk adik-adik mentee serta para mentor dapat mengenali antara satu sama lain seterusnya merapatkan hubungan silaturrahim diantara mereka.






Masa diisi dengan pelbagai modul dan aktiviti menarik yang gigih disediakan oleh para komiti dari Biro Modul. Walaupun berpuasa, adik-adik amat bertenaga dan ceria sepanjang program. Program diakhiri dengan penyampaian cenderahati dan hamper kepada adik-adik mentee serta mentor.




Setakat ini sahaja entri untuk kali ini dan semoga kita dapat bertemu lagi, InsyaAllah. Selamat menyambut bulan Ramadhan yang penuh keberkatan. Marilah kita mempertingkatkan lagi ibadah kita pada bulan yang mulia ini dan semoga segala amalan kita diterima oleh Allah s.w.t. :)















No comments

SENDI Club IIUM 2016. Powered by Blogger.