Mahabbah Day 2014

Assalamualaikum semua!

Pada 5 April yang lalu, Kelab Sendi telah mengadakan Hari Mahabbah Sendi yang berlangsung di Moot Court, Ahmad Ibrahim Kulliyyah of Law, UIAM. Program ini diadakan untuk memperkenalkan adik adik mentee, para ibubapa serta wakil guru bagi setiap sekolah tentang apakah itu Sendi Club.
 
Seperti biasa, majlis dimulakan dengan bacaan doa yang dikendalikan oleh Bro. Husaini.
Satu kelainan pada Mahabbah Day kali ini ialah bagi upacara pengenalan adik-adik mentee dan mentor mereka, mereka dijemput masuk lebih awal kedalam dewan akibat daripada kekurangan kehadiran dari pihak ibu bapa.



 
 Acara dikelola oleh Bro. Farhan yang seterusnya menjemput Presiden Kelab Sendi. Bro Muhsin memulakan ucapan kata aluan dan diteruskan dengan pembentangan Almanac iaitu aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan oleh kelab Sendi sepanjang tahun 2013. Setelah itu, majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada Bro Lotfi yang mewakili pihak Censerve. Acara pemberian ucapan itu diakhiri dengan ucapan dari Guru Besar Sekolah Menjalara.
 
Acara kemuncak bagi majlis ini ialah sesi simbolik “School-IIUM Partnership” antara Kelab Sendi bersama SK Menjalara, SK Batu Muda, SK Taman Bukit Maluri dan SK Sentul (2). Sesi ini adalah sebagai simbol kolaborasi antara pihak sekolah, Censerve dan kelab Sendi. Sesi ini disudahi dengan pemberian hadiah penghargaan kepada wakil guru setiap sekolah dan juga kepada Bro. Lotfi. 
 
Seterusnya majlis diteruskan dengan sesi soal jawab. Pada kali ini majlis disudahi dengan  persembahan multimedia oleh kelab Sendi. Dengan izin Allah, majlis berjalan dengan lancar dengan kerjasama dari pihak ibu bapa dan ahli-ahli Sendi.
Pihak kelab Sendi mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak ibu bapa dan guru-guru  yang hadir bagi memeriahkan majlis ini.  


 

No comments

SENDI Club IIUM 2016. Powered by Blogger.