Humanitarian Expo 2014

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh :-)

Adik-adik, abang-abang dan kakak-kakak semua.

Diharap semua sihat-sihat belaka, insyaAllah.

Sepertimana awal semester-semester lepas, Humanitarian Expo kali ini berlangsung pada 24-27 Februari 2014 dan bertempat di Bussiness Centre, IIUM.

Apa itu Humanitarian Expo ?

Satu expo untuk mempromosikan 14 kelab yang berdaftar dibawah Censerve sekaligus mendaftarkan ahli kelab yang baru. Penyertaan untuk kelab adalah terbuka untuk semua pelajar UIAM, tidak mengira samada pelajar tempatan mahupun pelajar antarabangsa dan terbuka kepada semua pelajar dari pelbagai kuliyah.

Alhamdulillah , Sendi Club pada semester ini berjaya mendaftarkan seramai 140 ahli baru semasa berlangsungnya Humanitarian Expo kali ini disamping hampir 150 ahli lama yang terus setia untuk berkhidmat bersama Sendi Club.

Malah ahli baru yang mendaftar semakin bertambah dari hari ke hari walaupun Humanitarian Expo secara rasminya ditutup pada petang 27 Februari 2014 oleh YB Dato Mizan Hitam selaku Timbalan Rektor UIAM.

Akhir kata, terima kasih diucapkan kepada semua ahli Sendi Club yang terlibat dalam menjayakan Humanitarian Expo pada kali ini dan kepada ahli baru, kami mengucapkan selamat datang dalam keluarga besar Sendi Club dan selamat berkhidmat.

" Mula dengan apa yang mereka ada, bina dengan apa yang mereka tahu "

Terima kasih. Thank you. Syukran. Arigato gozaimasu.

Assalamualaikum & jumpa lagi pada program akan datang :-)

Jom layan gambar ...



Sis Aina Nadiah dan Sis Syaida di 'booth' Sendi Club.
Buku ditangan. Sambil jaga 'booth' sambil mengulangkaji pelajaran.



Antara orang kuat & berpengalaman dalam Sendi Club.
Tanyalah apa sahaja berkenaan Sendi Club. Mereka pasti ada jawapannya.



Dekorasi 'booth' Sendi Club kali ini. Antara 'booth' tercantik pada Humanitarian Expo kali ini. 


No comments

SENDI Club IIUM 2016. Powered by Blogger.