SENDI ke Pondok Penyayang Ar-Raudhah

Assalamualaikum, 
Pada hari Sabtu lepas bersamaan dengan 3 November 2013 Kelab Sendi telah mengadakan program Lawatan ke Pondok Penyayang Ar-Raudhah yang bertempat disekitar kawasan Gombak. Program ini dijalankan untuk memberi ahli-ahli kelab suasana dan pengalaman yang baru dalam mengendalikan program. Selain itu, kami cuba untuk berinteraksi dengan anak-anak yang mempunyai latar belakang yang berbeza. Kerana di Pondok Penyayang Raudhah ini menempatkan kanak-kanak yang kurang bernasib baik dan mempunyai masalah yang melibatkan keluarga.

Setibanya kami di situ, kami telah berjumpa dengan Tok Ayah yang merupakan seorang pendakwah yang mendirikan dan menguruskan Pondok Penyayang Raudhah. Sebelum berjumpa dengan anak-anak yang berada di situ, Tok Ayah sempat memberi sepatah dua kata yang bermanfaat kepada kami. Setelah itu, kami berjumpa dengan anak-anak yang tinggal di Pondok Penyayang Raudhah. Program bermula dengan ice breaking bersama adik-adik dan komiti. Program bermula dengan melakukan senaman tarian untuk memanaskan badan dan membuatkan mereka untuk rasa selesa bersama kami. Kemudian aktiviti seterusnya ialah permainan yang di panggil bola beracun. Untuk permainan ini, peserta iaitu adik-adik serta komiti harus menerangkan peribahasa yang mereka dapat melalui isyarat tubuh badan apabila mereka memegang bola beracun setelah lagu dihentikan.








Program diteruskan lagi dengan membuat brooch yang di perbuat daripada kain. Peserta hanya perlu melekatkan bahagian-bahagain brooch yang telah mereka pilih dengan gam. Kemudian adik-adik dan komiti dipecahkan kepada kumpulan untuk membuat kad ucapan tanda terima kasih dan sayang mereka kepada Tok Ayah.










Kami sempat melakukan sedikit gotong royong dengan membersihkan dewan terbuka tempat kami melakukan aktiviti. Sebelum pulang, kami berjumpa dengan Tok Ayah semula untuk mengucapkan terima kasih kerana member kami peluang untuk membuat program di Pondok Penyayang Raudhah. Kami amat berbesar hati dapat berjumpa dengan mereka semua dan berharap agar dapat melakukan lagi program sebegini.


No comments

SENDI Club IIUM 2016. Powered by Blogger.