SENDI Mass Gathering

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, Sendi Mass Gathering telah berlangsung pada 19hb September yang bertempat di Conference Room, CAC. Objektif utama program sebegini dijalankan adalah untuk mengumpul semula kesemua ahli-ahli kelab lama serta menyambut kedatangan ahli baru untuk memperkenalkan kelab SENDI ini dan memberi mereka gambaran bagi aktiviti tahunan kelab pada tahun ini.

Majlis bermula pada pukul 8.00 malam dengan membuka kaunter pendaftaran bagi mengambil kehadiran pada semua ahli-ahli kelab. Kehadiran pada malam itu sangat memberangsangkan kerana terdapat ramai ahli-ahli baru yang menghadirkan diri mereka. Tidak lupa juga kedatangan ahli-ahli kelab yang lama bagi memeriahkan majlis.

Setelah kesemua tetamu hadir dan duduk di tempat yang disediakan, majlis diteruskan dengan kata-kata aluan dari pengacara majlis iaitu Sis Nana & Bro. Shazmeer. Selepas itu, pengerusi majlis menjemput saudara Afeeq untuk membacakan doa bagi memberkati majlis pada malam itu. Setelah bacaan doa, Asmaul husna dan lagu tema UIAM dinyanyikan.

Selepas itu, pengacara majlis menjemput saudara Firdaus selaku pengerusi kelab untuk memberi kata-kata ucapan. Dalam pada masa yang sama beliau juga memperkenalkan ahli Managament Board Kelab Sendi bagi tahun 2012/2013 serta menerangkan aktiviti-aktiviti yang bakal berlangsung sepanjang tahun ini. Akhir kata dari beliau agar ahli-ahli kelab dapat member sokongan yang padu bagi menjayakan program-program yang bakal diadakan.

Majlis diteruskan lagi dengan persembahan multimedia berkenaan dengan program-program yang telah dijalankan pada semester lepas. Kemudian pengacara majlis meminta kepada ahli-ahli baru untuk duduk di dalam biro yang telah mereka pilih semasa sesi pendaftaran tadi. Sesi ini dinamakan Group Binding, di mana ahli-ahli baru dapat mengetahui lebih lanjut berkenaan dengan jobscope bagi biro yang telah mereka pilih.


Setelah selesai Group Binding, mass games diadakan bagi mengeratkan lagi perkenalan antara ahli baru dan ahli lama. Habis sesi ini, sesi soal jawab diberikan kepada mereka-mereka yang ingin bertanyakan soalan. Sebelum majlis tamat, kami telah menyediakan hadiah bagi ahli baru yang memenuhi ciri-ciri untuk kategori yang telah kami tetapkan. Akhirnya majlis disudahi dengan bacaan doa penutup.









No comments

SENDI Club IIUM 2016. Powered by Blogger.