Sendi Ibadah Summer Camp

Modul pertama dimulakan dengan sesi "Ice Breaking" diantara para mentee dengan mentee dari sekolah lain serta para mentee dengan mentornya.

Program diteruskan dengan modul kedua yang dinamakan 'Fardhu Ain Test' dimana para mentee ditanya mengenai bacaan Tahiyyat, Qunut dan al-Fatihah.

Selesai modul kedua, adik adik mentee dibenarkan berehat untuk menunaikan solat Asar sementara menunggu waktu berbuka serta menunaikan Maghrib, Isyak dan taraweh berjemaah bersama para mentor mereka.



Setelah selasai solat taraweh berjemaah, program diteruskan dengan modul yang ketiga iaitu Amali Solat. Para mentee diminta membuat dua saf iaitu lelaki dan perempuan untuk mereka membuat Simulasi Solat.Sementara itu, mentor memberi tunjuk ajar dan membetulkan jika ada mentee yang melakukan kesalahan dalam bersolat. Untuk modul yang seterusnya, adik adik mentee diminta untuk menghafal beberapa surah ringkas seperti ad-Dhuha, al-Khausar, 3Qul dan beberapa surah ringkas yang lain. Alhamdulillah, kebanyakkan para mentee berjaya menghafal surah surah yang diberikan. Modul berakhir jam 11 malam dan adik adik mentee dibenarkan tidur
Lebih kurang jam 5 pagi, adik adik mentee dikejutkan untuk bersahur dan seterusnya menunaikan solat Subuh berjemaah. Seusai solat Subuh, para mentee diberi sedikit makanan rohani untuk memulakan hari baru. Selepas itu, aktiviti senaman pagi dilakukan dan diteruskan dengan modul yang terakhir iaitu 'Mini Explorace' dimana para peserta dikehendaki mencari sambungan ayat dari doa doa harian seperti doa masuk rumah, doa keluar tandas dan beberapa doa harian yang lain. Program berakhir jam 4 petang dan adik adik mentee pulang ke sekolah masing masing. Alhamdulillah program Kem Ibadah kali ini mendapat sambutan dan diharap dapat membuahkan hasil yang baik. Jumpa lagi di aktiviti yang seterusnya.

No comments

SENDI Club IIUM 2016. Powered by Blogger.