Junior Chef : DM 4

Setelah sekian lama menyepi akhirnya dapat juga abang-abang dan kakak-kakak sendi bersua dengan adik-adik.
Program kali ini ialah Dynamic Mentoring 4 yang bertemakan "Junior Chef".
Program ini menerangkan bagaimana adik-adik ini dapat makanan lengkap dan snek ringan dengan kemampuan diri mereka sendiri.
Adik-adik dilatih untuk berdikari dan membuat makanan yang ringkas menggunakan bahan-bahan yang mudah dan tidak merbahaya.
Dengan latihan ini diharap adik-adik boleh menyediakan makanan sendiri jiga keadaan memerlukan.

Program ini bermula dengan sesi pendaftaran pelajar pada pukul 8.30 pagi di Coliseum Kulliyyah of Enginering.
Adik-adik datang dengan penuh semangat untuk berjumpa dengan rakan-rakan dari sekolah lain setelah sekian lama berpisah.
Selesai sesi pendaftaran pada pukul 9.00 pagi adik-adik sendi telah diberikan penerangan tentang makanan yang baik oleh abang Ajmal.
Sesi ini menerangkan tingkatan makanan dan pentingnya makanan yang lengkap.

Penerangan yang diberi terus diterapkan ke minda adik-adik apabila maraka bermain permainan cari gambar.
Permainan ini memerlukan adik-adik untuk mencari gambar-gambar makanan yang baik yang telah disembunyikan oleh abang-abang dan kakak-kakak.
Permainan ini menguji adik-adik untuk memilih apakah makanan yang baik berdasarkan apa yang telah diterangkan oleh abang Ajmal sebelum itu.
Tamat sahaja permainan adik-adik dijamu dengan kuih-muih sebagai minum pagi untuk menghilangkan penat dari permainan itu.









Kira-kira jam 11.00 pagi bermulalah aktiviti sebenar program ini iaitu sesi penyediaan makanan.
Sesi ini adik-adik perlu menyediakan dua jenis makanan iaitu donut dan sosej beroti.
adik-adik perlu menghias donut yang diberikan mengikut kreativiti mereka berkumpulan.
Mereka juga perlu memberikan nama untuk Donut yang dihias.
Bagi penyediaan sosej beroti pula adik-adik perlu menyediakan satu hidangan lengkap dengan bahan-bahan yang diberikan.
Hidangan ini juga perlu diberikan nama dan markah persembahan diambil kira.



Tamat sesi penyediaan makanan adik-adik diberi peluang untuk merasai makanan yang disediakan oleh tangan mereka sendiri.
Disamping memakan makanan yang disediakan adik-adik juga diberikan set makanan tengah hari untuk memenuhkan tenaga mereka semula.
Program ini diakhiri dengan sesi mengemas semula oleh adik-adik dan ahli sendi yang lain.
Adik-adik bertolak pulang ke sekolah setelah selesai solat Zuhur kira-kira pukul dua petang.
Sampai disini sahaja nukilan saya, semoga kita berjumpa lagi.

No comments

SENDI Club IIUM 2016. Powered by Blogger.