English Is Fun

Assalamualaikum semua. 
Selepas seminggu program "Young Chef" dibuat di kuliyyah of engineering di UIA, program seterusnya iaitu "Dynamic Mentoring 5, English is Fun" dibuat di Conference Room di Cultural Activity Centre (CAC) pada 13 Julai 2013. Program berlangsung selama setengah hari iaitu bermula dari jam 8.30 pagi dan berakhir pada 2 petang. Program kali ini dihadiri pelajar dari empat buah sekolah iaitu SK Taman Bukit Maluri, SK Sentul 2, SK batu Muda dan SK Menjalara. Pelajar-pelajar ini terdiri daripada darjah empat dan darjah lima.

                Matlamat utama program ini adalah untuk mendedahkan para pelajar betapa pentingnya penguasaan bahasa Inggeris dalam kehidupan mereka di samping mengajar mereka sedikit sebanyak tentang bahasa Inggeris. Seperti program-program lepas, pelajar-pelajar ini akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan akan dibimbing oleh dua orang mentor. Program kali ini terbahagi kepada lima modul. 

Modul yang pertama, "Tongue Twister" bertujuan untuk mengajar pelajar-pelajar menyebut perkataan dengan betul secara lancar di samping dapat mempelajari beberapa perkataan baru. Selain itu,mereka juga turut diajar semangat bekerjasama dalam kumpulan untuk menyelesaikan tugas yang diberi.








                Modul kedua, "Spell-It-Right" dibuat bertujuan untuk mendedahkan pelajar-pelajar kepada banyak perkataan baru atau yang mereka sudah tahu dan mengeja dengan betul. Mereka juga diuji dengan keberanian dan keyakinan apabila diajukan soalan.


                Modul ketiga' "Preposition" mendedahkan kepada pelajar cara menggunakan perkataan "preposition" dengan betul di dalam bahasa inggeris. mereka diajar untuk mempraktikkannya dalam dialog seharian agar mereka lebih faham tentang penggunaan yang betul.

                Modul Keempat, "Collective Nouns" mendedahkan pelajar tentang penggunaan perkataan kumpulan yang betul untuk setiap objek. dengan modul ini, mereka lebih mudah faham dan dapat menggunakan "collective nouns" yang betul pada setiap benda.

                Modul kelima, "Chanting" adalah antara modul yang paling menarik kerana modul ini menggunakan kreativiti pelajar dalam menyelesaikan tugasan.mereka diberi dialog berbentuk teks yang perlu dilakonkan dihadapan semua orang. lakonan ini dibantu sedikit sebanyak daripada abang-abang dan kakak-kakak mentor setiap kumpulan. Mereka diuji semangat berkerjasama antara ahli kumpulan.










                Selepas tamat semua aktiviti yang dibuat, mereka semua dibimbing untuk solat Zuhur di masjid dan kemudian dihantar ke sekolah masing-masing dengan bas.

No comments

SENDI Club IIUM 2016. Powered by Blogger.