LEADS 2013

Assalamualaikum semua :)

Apa Khabar?

LEADS atau nama panjangnya Leadership & Spiritual Camp anjuran Censerve telah dijalankan pada 12, 13, dan 14 April 2013 di Kem Penor, Pekan, Pahang :) Jadi, SENDI Club telah menghantar seramai 4 orang ke kem ini diketuai oleh Presiden, Firdaus Yahya. Program ini lebih bersifat perkhemahan dan kem ibadah. Ia menjadi pilihan Pengarah CENSERVE yang baru, Dato' Hamidon untuk melahirkan generasi sukarelawan Islam yang mantap rohani dan jasmaninya :D


Kami bertolak dari UIA kira-kira jam 9.30 pagi dengan menaiki bas. Perjalanan ke Pekan mengambil masa lebih kurang 4 jam. Kami singgah sebentar di R&R untuk makan tengah hari dan meneruskan perjalanan. Kami selamat tiba di kem pada pukul 3 petang. Ramai staf dan ahli jawatankuasa telah tiba lebih awal bagi membuat persediaan.



Setelah tiba di kem, kami menunaikan solat secara berjemaah. Kira-kira jam 5 petang, Dato' Hamidon membawa kami melawat ke semua kawasan perkhemahan dan menceritakan sedikit tentang latar belakang tempat tersebut. Selepas itu, kami diberi taklimat dan diajar cara-cara memasang khemah dengan betul oleh dua orang sarjan. (tak silap lah, mereka Trainer budak-budak SUKSIS). Maka, kami diminta mendirikan khemah kami sendiri setelah kumpulan dibahagikan sebagai tempat berteduh dan tidur.




Selepas menyiapkan diri, kami solat maghrib secara berjemaah dan tazkirah disampaikan oleh Dato' Hamidon sendiri. Seterusnya, kami makan malam dengan makanan yang sedap dan lazat. Aktiviti diteruskan lagi dengan ceramah daripada Dato' Hamidon yang bertajuk IIUM as Premier Global Islamic University. Itu sahaja untuk hari pertama di sana. Kami dapat tidur awal pada malam itu.


Pagi Sabtu kami bermula seawal jam 4 pagi. Kami bangun untuk qiamulail, berzikir serta selawat. Morning exercise juga telah dijalan pada pagi ini untuk kecergasan para peserta. Tibalah masa yang ditunggu-tunggu iaitu outdoor activity. Kami dibawa ke pantai untuk slot Fish Netting. Aktiviti ini dijalankan bukanlah sedakar suka-suka, namun untuk menerapkan sifat tawakal dalam setiap perkara yang dilakukan dalam kehidupan.


Breakfast dulu untuk menambah tenaga di pagi hari.



Aktiviti ini memberikan kami pengalaman baru kerana kami diminta menangkap ikan menggunakan pukat secara beramai-ramai. Kami juga dapat merasakan pekerjaan sebagai seorang nelayan. Hasilnya, adalah beberapa ekor ikan yang berjaya ditangkap >.< Kami pulang semula ke kem setelah keletihan.



Program ini diteruskan lagi dengan slot "Understanding of Censerve Scorecard" yang disampaikan oleh Sis Aminah Kostor yang mahir dalam bidang ini. Kami diajar dengan lebih terperinci cara-cara melakukan 'scorecard' dan bagaimana untuk mengaplikasikan dalam kelab masing-masing kerana ia dapat mengukur sejauh mana pencapaian sesebuah kelab itu. Selepas itu, setiap kelab diberi masa untuk berbincang dan membuat scorecard masing-masing sebelum dibentang di hadapan Dato' Hamidon. 



Pada petang itu juga, kami berkumpul di padang untuk sesi riadah kira-kira pukul 5.30 petang. Riadah kali ini berbentuk 'games'. Terdapat beberapa permainan dijalankan. Secara keseluruhannya, ia dapat membentuk sifat kepimpinan dalam diri kami. 


Makan malam kami pada hari itu sungguh istimewa. Kami dihidangkan dengan BBQ, dan pelbagai hidangan lain. Alhamdulillah. Aktiviti pada malam itu berbentuk santai iaitu 'video show' Harun Yahya untuk menunjukkan kejadian alam dan kebesaran Allah. Malam itu juga, perbincangan 'scorecard' diteruskan lagi. Dalam pukul 1 pagi, kami bersiap sedia untuk aktiviti 'Night Walk'. Walaupun keletihan, kami masih mempunyai semangat dan gembira.



Pada hari Ahad yang indah dan permai, tibalah masanya untuk pembentangan scorecard bagi kelab masing-masing. 14 kelab semuanya. Sampai mengantuk kami dibuatnya -.- Bagi Kelab Sendi, Br. Firdaus telah menyampaikan dengan begitu baik sekali. Syabas!



Kami amat bertuah dapat mendengar ceramah atau sedikit perkongsian mengenai "Integrity and Excellence" oleh Tan Sri Mohd Sidek Hj Hassan yang merupakan Chairman Petronas :) Pelbagai ilmu dan pengalaman diceritakan kepada kami sebagai pedoman dan bagaimana seharusnya ketua mengemudi sesebuah organisasi bersama anak buahnya. Kami juga dinasihatkan agar tidak lupa diri apabila berjaya kelak dan sentiasalah berbakti kepada masyarakat.




Team Sendi Club bergambar kenangan sebelum pulang.







*************************


Hampir pukul 2 petang, kami makan tengah hari dan diarahkan untuk membuka khemah. Setelah selesai solat Zuhur, kami bersiap-siap untuk pulang ke UIA. Lebih kurang pukul 9.30 malam, kami selamat tiba di Gombak :D LEADS camp ini memberikan seribu pengalaman bermakna buat kami yang dapat dikongsi bersama rakan yang lain.


Permandangan yang damai dan tenang.


SENDI :)

No comments

SENDI Club IIUM 2016. Powered by Blogger.