Jejak Menara Gading 2013

Assalamualaikum semua :D


Pada 26-28 April, Kelab SENDI telah mengadakan program terakhir untuk sem ini bersama adik adik mentee yang dinamakan program "JEJAK MENARA GADING" khususnya untuk adik adik yang bakal menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini.



Hari Pertama, Jumaat (26/04)


Program bermula jam 3 ptg, ketibaan para pelajar dari SK Menjalara, SK Sentul (2), SK Taman Bukit Maluri dan SK Batu Muda. 

SESI PENDAFTARAN


Taklimat ringkas diberikan oleh fasilitator mengenai program kemudian solat Asar berjemaah dan diteruskan dengan makan malam serta solat Maghrib berjemaah yang di imamkan oleh Br. Aizuddin.

SESI TAKLIMAT








SOLAT ASAR BERJEMAAH


































MENTEE DAN KHEMAHNYA :D















NASI AYAM MERAH, YUMMY!

AIR SIRAP :D















SOLAT MAGHRIB BERJEMAAH
















MODUL 1: ICE BREAKING "KUMPULAN SAYA, KUMPULAN KAMI"

Objektif modul pertama ini adalah untuk merancakkan komunikasi antara ahli kumpulan, mengasah kreativiti mereka dalam mencipta cheers dan bendera kumpulan serta melatih sifat kerjasama antara mentee. 










SUPPER: DONAT & KEK PISANG :)
setelah selasai module pertama, adik adik diberi "supper" sebelum mereka masuk tidur :)

Hari Kedua, Sabtu (27/04)

Adik adik mentee dibangunkan pada jam 5 pagi untuk sesi Qiyamullai dan solat Subuh. 

SENAMAN PAGI YANG DIKETUAI OLEH BRO. AIZUDDIN


setelah selesai senaman, adik adik mentee dijamukan dengan sarapan pagi yang menarik :)



Kemudian, sesi motivational talk 1 yang dikendalikan oleh Sis Akmal, selaku alumni SENDI. Beliau telah memberikan beberapa tips yang berguna buat adik adik yang bakal menduduki peperiksaan kelak.

SIS AKMAL MEMBERI SEDIKIT PERKONGSIAN
MODUL 2: LEARNING IS FUN

Aktiviti diteruskan dengan modul kedua yang bertajuk "learning is fun" dimana adik adik mentee harus melalui ke semua check point untuk menamatkan aktiviti ini. Di setiap check point telah di bahagikan kepada beberapa subjek iaitu sains, matematik, bahasa Melayu, English & pendidikan Islam. Objektif modul ini adalah untuk menyampaikan pelajaran melalui cara yang menarik dan menyeronokkan disamping dapat memupuk sifat tolong menolong antara pasukan untuk menyiapkan tugasan yang diberikan. 






Sesudah tamatnya aktiviti modul 2, adik adik diberikan makan tengahari dan solat Zohor.




Disebelah petang pula, sebelum melakukan aktiviti senaman, adik adik dijamu bubur kacang bagi menambah tenaga untuk bersukan :)






MAKAN MALAM
SOLAT MAGHRIB DIIMAMKAN OLEH SALAH SEORANG MENTEE
Pada jam 930, penceramah jemputan iaitu Ustaz Fuad memulakan sesi motivational talk yang kedua yang lebih kepada sentuhan kerohanian.

USTAZ FUAD


SLOT SENTUHAN NURANI

Setelah selesai ceramah motivasi tersebut, adik adik mentee meneruskan aktiviti terakhir untuk hari yang kedua iaitu, NIGHT WALK. Pasti ramai yang gerun apabila mendengar night walk kan? ianya bukan semata mata untuk menakutkan adik adik, tetapi untuk menguji tahap keberanian mereka dan sekali gus dapat mengingatkan mereka bahawa kepada Pencipta tempat kita meminta pertolongan dan kedengaran alunan zikir dari bibir adik adik mentee dikala mereka di bawa berjalan malam tersebut. 



Aktiviti night walk ini tamat lebih kurang jam 2 pagi dan adik adik mentee kemudiannya membuat persiapan untuk tidur.

Hari Terakhir, Ahad (28/04)

Seperti biasa adik adik mentee menunaikan solat Subuh berjemaah dan setelah itu melakukan senaman ringkas. Aktiviti dimulakan dengan Explorace yang bertajuk "Menggapai Puncak". Modul ini bertujuan supaya adik adik mengenal pasti matlamat seorang pelajar dan menganalisa persekitaran sekeliling bagi mencapai matlamat tersebut. 












Selepas modul ini, adik adik mentee diminta untuk membuat persiapan diri dan mengemas barang barang mereka untuk dibawa pulang ke rumah masing masing. 












Acara penutupan majlis diadakan di Experemental Hall, IIUM dan dihadiri oleh wakil guru dan guru besar dari setiap sekolah dan juga wakil dari CENSERVE iaitu Bro. Lotfi.

KETIBAAN PARA VIP


OPENING GIMMICK OLEH BEBERAPA MENTOR
KATA KATA ALUAN OLEH BRO AZNIL SELAKU PM PROGRAM INI
UCAPAN OLEH WAKIL GURU
UCAPAN OLEH WAKIL CENSERVE

PEMBERIAN HADIAH UNTUK MENTEE TERBAIK
PERSEMBAHAN LAGU TEMA PROGRAM JMG OLEH PARA MENTEE DAN MENTOR

Dengan berakhirnya persembahan oleh para mentee dan mentor, maka tamatlah program Jejak Menara Gading bagi tahun ini. Mudah-mudahan adik adik mentee dapat mempelajari sesuatu dan dapat mempraktikkan segala tips dan pelajaran yang diberi dalam kehidupan seharian mereka.

Jutaan terima kasih kepada pihak guru dan wakil Censerve yang sudi datang serta tak lupa juga kepada para ibubapa yang masih menyokong dan mempercayai Kelab Sendi dengan memberi peluang anak anak mereka menyertai program ini dan menjadikannya amanah kepada kami ahli ahli Sendi. 

Tidak lupa juga terima kasih kepada pasukan komiti dan mentor yang sudi meluangkan masa cuti mereka selama 3 hari ini untuk mereliasasikan program ini. "Buang yang keruh, ambil yang jernih". 

Sekian.Wassalam :')

No comments

SENDI Club IIUM 2016. Powered by Blogger.