Sendi Training of Trainers

Assalamualaikum, Hi semua :) 

Pada 12 Mac 2013 yang lepas, Kelab Sendi telah berjaya melangsungkan satu lagi program bersama ahli kelab yang bernama "Training of Trainers" atau singkatannya TOT.
    
    Program yang bermula lebih kurang 830 malam ini secara keseluruhannya bertujuan untuk melatih ahli kelab Sendi untuk menjadi seorang ahli jawatankuasa atau committee dengan baik.
     
    Sesi pendaftaran dilakukan dengan mengagihkan ahli kelab kepada 5 kumpulan kecil atau kumpulan biro iaitu, "Program Coordinator (PC)", "Preparation and Technical (Prep & Tech)", "Catering", "Security" dan "General Task and Media (GT&Media)". 
     
    Permulaan program ialah dengan pengenalan ringkas mengenai tugas setiap biro oleh ketua dan wakil setiap biro. Selepas selesai segala penjelasan mengenai tugas biro masing-masing, aktiviti simulasi program dimulakan dengan seorang ahli kelab Sendi sebagai "Program Manager" (PM) iaitu Aznil Azni. Setiap kumpulan dikehendaki melakukan tugas yang ditetapkan dengan segala peralatan disediakan. 

sis Dibah & bro. Zainal memulakan module 1
bro Aznil selaku PM simulasi untuk module 2
     





Setelah berakhirnya simulasi program tersebut, sesi post-mortem diadakan untuk mengenal pasti segala permasalahan dan kekurangan di dalam setiap biro. 
Program TOT ini diakhiri dengan ucapan ringkas oleh PM program iaitu Sis Rara.

sis Rara, selaku PM TOT
     Program ini adalah penting bagi mengasah bakat setiap ahli kelab Sendi menjadi ahli jawatankuasa yang berkaliber. Alhamdulillah, program ini telah berjaya mencapai matlamatnya. Hampir keseluruhan ahli kelab yg hadir telah mendapat gambaran jelas mengenai aktiviti belakang tabir setiap biro dalam sesebuah program. Hal ini sekali gus membuat ahli kelab berterima kasih kepada setiap ahli jawatankuasa program yang bertugas belakang tabir bagi memastikan program berjalan dengan lancar. 

Majulah sendi untuk IIUM. Sekian :) 

No comments

SENDI Club IIUM 2016. Powered by Blogger.