SENDI Dynamic Workshop


Assalamualaikum semua :)
Pada 26 Febuari lepas, telah berlangsungnya program "Dynamic Workshop" yang diadakan di Seminar room 2 & 3, CAC. Kebanyakan perserta yang mengambil bahagian adalah di kalangan ahli-ahli baru. Motif utama "Dynamic Workshop" ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan mengenai langkah untuk menjadi mentor yang berkarisma dan sesi berkongsi pengalaman daripada senior kepada junior Sendi.



Majlis bermula dengan bacaan surah Al-Fatihah oleh Bro Din selaku pengacara majlis. Seterusnya ucapan oleh Presiden Kelab Sendi iaitu Bro Firdaus. Beliau menerangkan matlamat utama program ini dijalankan serta berkongsi sedikit sebanyak pengalaman beliau sepanjang mengikuti program program Sendi. Seperti mana-mana program,"ice breaking" merupakan aktiviti wajib bagi peserta dan ahli-ahli komiti untuk mengenali antara satu sama lain.






Modul pertama,iaitu "Know Your Role" dikendalikan oleh Bro Din. Dalam modul ini, para peserta di beri penerangan mengenai ciri-ciri seorang mentor yang berwibawa serta berkongsi pengalaman beliau tentang cara mengendalikan keletah dan perangai mentee-mentee semasa program yang lepas.




Seterusnya modul ke 2 iaitu "Expect the Unexpected". Peserta dibahagikan kepada 5 kumpulan. Tugasan bagi setiap kumpulan adalah melakukan sketsa pendek tentang situsasi antara mentor dan mentee. Setiap kumpulan diberikan 2 situasi yang berbeza.






Acara "Sharing moment" pula dijalankan oleh 2 ahli senior Sendi iaitu Sis Akmal dan Bro Awang. Mereka banyak berkongsi pengalaman pahit manis serta cabaran-cabaran sepanjang penglibatan mereka dalam menjadi mentor. Selain itu, mereka juga memberi beberapa nasihat yang berguna kepada peserta untuk digunakan pada masa akan datang.




Program berakhir dengan acara penyampaian hadiah kepada kumpulan terbaik pada malam itu. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan jayanya dan tercapai objektif utama berkat kerjasama dari setiap pihak. Sekian saja dari program Dynamic Workshop. Jumpa lagi di program yang seterusnya. Wassalam J

No comments

SENDI Club IIUM 2016. Powered by Blogger.