Hari Mahabbah Sendi


Assalamualaikum warga Sendi,
Pada 24 Febuari 2013, Kelab Sendi telah mengadakan Hari Mahabbah Sendi yang berlangsung di Auditorium Utama, Kuliyah Arkitek, UIAM. Program ini di hadiri oleh adik adik mentee, para ibubapa serta wakil guru bagi setiap sekolah. Tujuan prorgam ini dijalankan adalah untuk memperkenalkan kelab Sendi kepada para tetamu yang hadir.





Seperti biasa, majlis dimulakan dengan bacaan doa yang dikendalikan oleh Bro. Afeeq. Presiden Kelab Sendi, Bro Firdaus Yahya memulakan ucapan kata aluan dan diteruskan dengan pembentangan Almanac iaitu aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan oleh kelab Sendi sepanjang tahun 2013. Setelah itu, majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada Bro Lotfi yang mewakili pihak Censerve.





Acara kemuncak bagi majlis ini ialah sesi menandatangani “School-IIUM Partnership” antara Kelab Sendi bersama SK Menjalara, SK Batu Muda, SK Taman Bukit Maluri dan SK Sentul (2). Sesi tandatangan ini adalah sebagai simbol kolaborasi antara pihak sekolah, Censerve dan kelab Sendi. Setelah selesai sesi ini, para tetamu disajikan dengan persembahan multimedia oleh kelab Sendi. Sementara majlis bersama ibu bapa dijalankan di dalam dewan, adik-adik mentee yang hadir beramah mesra dengan mentor di luar dewan. Mentee-mentee ini disediakan dengan modul-modul yang menarik.






Seterusnya majlis diteruskan dengan sesi soal jawab dimana ibu bapa banyak menanyakan soalan dan memberi beberapa cadangan. Selepas sesi soal jawab, kumpulan adik-adik mentee bersama mentor naik diatas pentas dan memperkenalkan diri kepada ibu bapa. Majlis disudahi dengan memberi hadiah penghargaan kepada wakil guru setiap sekolah dan juga kepada Bro. Lotfi. Dengan izin Allah, majlis berjalan dengan lancar dengan kerjasama dari pihak ibu bapa dan ahli-ahli Sendi.



Pihak kelab Sendi mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak ibu bapa dan guru-guru  yang hadir bagi memeriahkan majlis ini.  


No comments

SENDI Club IIUM 2016. Powered by Blogger.