Dynamic Mentoring 1 & 2


Assalamualaikum,

Kelab Sendi telah berjaya mengadakan program bersama adik-adik mentee pada 16 Mac 2013 yang dinamakan Dynamic Mentoring 1 & 2 dengan bertemakan kekeluargaan dan kemasyarakatan. Program ini dijalankan di Conference room, CAC yang bermula pada 830 pagi.

Seramai 25 orang pelajar dari setiap sekolah yang menghadiri program ini yang terdiri dari SK Menjalara, SK Taman Bukit Maluri, SK Batu Muda dan SK Sentul (2). Setelah kesemua murid tiba ke UIA dengan menaiki bas, mereka dipecahkan kepada beberapa kumpulan yg terdiri dari 12 ahli kumpulan dari sekolah yang berlainan dan di bimbing oleh 2 orang mentor. Sebelum memulakan aktiviti, adik-adik diberikan sarapan untuk menambahkan tenaga mereka.


Program dimulakan dengan modul 1 iaitu "Teka Siapa Saya?". Mentee akan memperkenalkan diri dengan menulis butiran diri di atas kertas tanpa menulis nama mereka. Setelah itu mentee yang lain akan memilih kertas-kertas secara rawak dan meneka siapakah empunya kertas itu. Dengan ini, bukan saja mentee-mentee dapat mengenali antara satu sama lain malah dapat merancakkan komunikasi antara peserta dengan cara yang lebih kreatif.



Program diteruskan lagi dengan modul 2, iaitu "Happy Family". Setiap peserta dalam kumpulan akan diberikan watak sepertimana dalam keluarga sebenar. Mentee-mentee akan melakonkan watak yang diberi oleh mentor mereka mengikut situasi yang telah ditetapkan untuk setiap kumpulan. Tujuan modul ini dilaksanakan adalah untuk menunjukkan kepada peserta tugas dan tanggungjawab sebagai ahli keluarga serta mengasahkan daya kreatif mereka dalam mengatasi situasi dalam berkeluarga.



Seterusnya ialah sesi mentee membuat kerja sekolah. Aktiviti Dynamic Mentoring bukan saja fokus kepada modul-modul yang dijalankan, malah program ini juga memberikan peluang kepada adik-adik untuk membuat kerja-kerja sekolah yang perlu disiapkan sambil di bantu oleh mentor-mentor mereka. Sebelum berehat, peserta melakukan aktiviti "Break Clap" dimana ia adalah aktiviti yang melibatkan corak tepukan mengikut peringkat. Setiap peringkat mempunyai corak tepukan yang berbeza dan semakin mencabar. Kemudian peserta diberikan waktu rehat untuk makan tengah hari dan menunaikan solat zohor berjemaah.





Aktiviti seterusnya adalah modul 3 yang di beri nama Bahagia Se-Taman. Dalam aktiviti ini, setiap kumpulan akan mewakili sebuah keluarga dalam satu komuniti dan mereka akan diberikan peranan masing-masing seperti guru, doktor dan sebagainya. Dalam masa yang sama,setiap kumpulan akan dibekalkan dengan satu pelekat bagi mewakili 'aset' keluarga masing-masing. Setiap kumpulan akan diberikan satu situasi yang mewajibkan mereka meminta bantuan dari kumpulan lain. Objektif modul 3 ini adalah untuk mengasah pemikiran kreatif dalam kalangan peserta untuk menangani masalah yang berkaitan dengan kemasyarakatan. Selain itu, mentee-mentee dapat meningkatkan komunikasi dengan peserta lain dari kumpulan yang berlainan.



Modul 4 ialah Debat JKK dimana aktiviti terakhir bagi program ini. Motif utama modul ini adalah menggalakkan peserta untuk berfikir serta mengembangkan idea dan menambahkan keyakinan diri peserta untuk berhujah di khalayak ramai. Setiap kumpulan akan diberi peranan masing-masing dalam kehidupan bermasyarakat. Mentee-mentee dikehendaki membahaskan fungsi masing-masing dalam komuniti dengan menyediakan hujah-hujah yang munasabah.

Setelah kesemua modul berakhir, peserta, mentor dan komiti yang lain menunaikan solat asar secara berjemaah. Kemudian satu video ditayangkan kepada peserta sebelum mereka pulang ke sekolah masing-masing. Mentee-mentee dibekalkan dengan kuih-muih untuk di makan dalam perjalanan mereka pulang. Alhamdulillah, program Dynamic Mentoring 1&2 telah berlansgung dengan jayanya.





Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada adik-adik kami yang sudi datang dan mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Adik-adik telah memberikan respon yang yang baik terhadap program ini. Ucapan tahniah juga kepada ahli-ahli Kelab Sendi yang banyak membantu dalam program ini. Kita jumpa lagi di Dynamic Mentoring 3 pula ya!  :)

No comments

SENDI Club IIUM 2016. Powered by Blogger.