Sendi Induction Course


Assalamualaikum,

          Pada 17 Febuari yang lalu, Sendi Club telah mengadakan Induction Course memperkenalkan ahli Sendi yang lama dengan ahli-ahli baru disamping mengukuhkan ikatan persahabatan yang masih baru. Program ini telah berlangsung di Riverside UIA seawal jam 8.00 pagi. Kami memulakan acara dengan doa dan seterusnya senaman ringan yang penting sebelum memulakan aktiviti yang telah dirancang. Modul pertama yang dijalankan memerlukan setiap peserta untuk berkenalan sesama mereka didalam bulatan.

Modul ini adalah ringan dan bersesuaian sebagai aktiviti pertama disamping berjaya membuang perasaan malu diantara peserta untuk berkenalan.  Modul kedua adalah permainan Lari Pening, aktiviti ini mengajar peserta untuk berinteraksi didalam kumpulan untuk memandu pelari yang kepeningan setelah  berpusing.

Modul ketiga pula adalah teka isyarat dimana setiap kumpulan diperlukan untuk menghantar dua orang wakil yang akan bertindak sebagai peneka bagi isyarat yang akan dilakukan oleh ahli kumpulan yang selebihnya. selesai modul ketiga peserta diberi masa untuk berehat sambil menikmati makanan yang disediakan. Waktu rehat yang diberi juga telah dimanfaatkan oleh peserta untuk berkenalan dengan lebih rapat. Modul keempat pula berlangsung dengan tenaga yang baru setelah berehat selama beberapa minit, modul ini telah mengerah tenaga peserta yang ada dengan aktiviti Amazing Sendi Race.

 Didalam modul ini peserta diuji dengan stamina, pengatahuan am, kerjasama antara kumpulan dan aspek
pengurusan masa. Aktiviti ini juga memberi informasi mengenai  5 elemen iaitu aspek keagamaan, kekeluargaan, kenegaraan, kemasyarakatan dan kemandirian telah dijadikan sebagai soalan dalam modul ini. Setelah itu modul yang terakhir pun dijalankan, modul terakhir ialah permainan yang memerlukan kerjasama dan kepintaran peserta  bagi menyelesaikan masalah yang diberi. Program berakhir dengan makan tengah hari yang disediakan oleh komiti katering.

Mari kita lihat aktiviti yang menarik sepanjang induction course ni! :D





sekian sahaja untuk kali ni :)

No comments

SENDI Club IIUM 2016. Powered by Blogger.