Sendi Annual Grand Meeting

Assalamualaikum warga sendi,
Pada 13hb Disember, kelab sendi telah selesai mengadakan Sendi Annual Grand Meeting bagi
tahun 2012 yang bertempat di Experimental Hall.

Program ini bertujuan  untuk mengimbas kembali perjalanan kelab sendi dengan membentangkan laporan tahunan bagi tahun 2012 dan sekali gus melantik barisan kepimpinan yang baru untuk tahun 2013.

Ribuan tahniah diucapkan kepada exco-exco baru yang telah dilantik dan kepada bro. firdaus yahya kerana dipilih sekali lagi sebagai presiden kelab sendi bagi tahun 2013.

Jutaan terima kasih yang tak terhingga diucapkan kepada barisan kepimpinan tahun 2012 di atas usaha dan bakti yang telah dicurahkan dalam menjayakan program-program sendi di sepanjang tahun 2012. Khusunya kepada kakak-kakak alumni yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan sokongan kepada kami yang masih baru. Hanya Allah yang dapat membalas jasa baik kalian dalam rahmat dan perlindunganNya.

Tidak lupa juga, setinggi perhargaan kepada para komiti yang telah gigih memberi tenaga bagi merealisasikan sendi annual grand meeting ini.

Alhamdulillah kerana program ini telah berjaya berjalan dengan lancar berkat kerjasama dari pelbagai pihak.

Akhir kata, semoga barisan kepimpinan kelab sendi 2013 dapat menjalankan tanggunjawab yang diberikan sebaik mungkin dengan amnah dan ikhlas serta pandai membahagikan masa dengan pelajaran. InsyaAllah nilai  murni kalian untuk membantu adik-adik mentee akan diberkati dan dipermudahkanNYa. amin.

Jumpa lagi untuk entry yang seterusnya.Teruskan membaca ya :) wassalam





No comments

SENDI Club IIUM 2016. Powered by Blogger.