Retreat Sendi Club 2013


            Assalamualaikum, pada 14 januari lalu Sendi Club telah mengadakan retreat untuk melatih mainboard sendi bagi tenure 2013. Program ini telah berlangsung selama 3 hari 2 malam di dua tempat yang berasingan. Bermula selepas solat zohor pada 14 januari latihan berlansung di sebuah kelas di Edu Square dengan modul melatih dan menerangkan tugas dan fungsi sebenar setiap biro-biro yang ada dalam mainboard sendi club ini. Modul ini dijalankan dengan lancar dan berjaya dilengkapkan dengan masa yang singkat dan berkesan. Modul pertama ditamatkan sebelum waktu solat asar untuk memberi waktu rehat dan solat kepada peserta yang hadir. Program diteruskan dengan modul kedua yang menekankan bonding antara biro. Modul ini telah diisi dengan permainan yang meriah dan menarik yang berjaya mencapai matlamat yang ditetapkan dengan cara yang santai. Permainan diteruskan sehingga sebelum solat maghrib dan kemudian diadakan solat maghrib secara berjamaah di Masjid UIA. Waktu malam diisi dengan program santai iaitu makan malam berjamaah dikedai makan  di “Sri Gombak”. Program ini berjaya memecah rekod kedai makan tersebut dengan peserta sendi yang menyusun meja terpanjang disitu. Setelah selesai makan malam berjamaah kesemua peserta pulang ke bilik masing-masing untuk berehat dan berkemas untuk hari kedua program ini.
            Tepat pada pukul 8 pagi kesemua peserta program berkumpul dihadapan tangga besar UIA sebelum bertolak ke FRIM dimana program sendi akan diteruskan. Sebelum sampai ke FRIM, kami beramai-ramai bersarapan di restoran NZ. Selesai bersarapan, kami bertolak menuju ke FRIM yang disangkakan jauh oleh sebahagian peserta. 15 minit kemudian kami sampai di FRIM. Disana kami diperkenalkan kepada abg yang bertugas disana yang menerangkan serba sedikit tentang FRIM dan pearaturan ketika berada disitu. Selepas itu kami berkumpul ke tapak kediaman untuk memilih bilik masing-masing secara cabutan. Sebaik sahaja selesai mengemas bilik modul dimulakan. Modul pertama pada hari itu memerlukan peserta untuk merancang beberapa aktiviti untuk sepanjang tahun mangikut biro masing-masing. Setiap biro juga perlu merancang bagaimana sesebuah biro itu akan berfungsi. Peserta diberi masa sehingga solat zohor. Solat zohor dilakukan secara berjamaah berimamkan abang Zaimfauzan. Selesai solat, madul diteruskan dengan pembentangan tentang apa yang telah dirancang mengikut biro masing-masing. Ketika pembentangan berlangsung, setiap biro akan di uji dan di soal tentang apa kurang dan apa yang bagus. Madul tamat sebelum solat asar. Sementara menunggu solat asar, peserta diberikan masa untuk aktiviti kendiri, walaupun begitu peserta telah menggunakan masa yang diberi untuk mengukuhkan ikatan persahabatan antara ahli kelab dengan bermain permainan bersama. Solat asar juga dilakukan secara berjamaah. Selesai solat kami pergi ke sungai berhampiran untuk aktiviti santai. Pada waktu malam pula diisi dengan parti BBQ dan bonding. Selepas itu semua pulang ke tapak kediaman bersiap untuk tidur.
            Pada pagi terakhir di FRIM, semua peserta berkumpul untuk senaman dan permainan ringan. Sesudah itu kami bersarapan dan bergotong-royong membersihkan tapak yang telah kami gunakan. Setelah semua bersiap, sedikit taklimat penutup diberikan. Kami mangambil gambar beramai-ramai sebagai kenangan dan bertolak pulang ke UIA. Sekian.


No comments

SENDI Club IIUM 2016. Powered by Blogger.