SENDI MEGA PROJECT ! - Sendi Little Star Appreciation Night


Sendi Mega Project diteruskan dengan aktivti terakhir iaitu Sendi Little Star Appreciation Night :)
Program ini dahulunya dikenali sebagai Malam Semaian Budi. Program ini bermulanya selepas tamatnya program ISMC.
Ibu bapa juga dijemput bagi pada malam tersebut bagi memeriahkan majlis dan juga menjemput anak masing-masing
pulang.

Pada malam ini, para hadirin telah disajikan dengan video gimik yang disediakan oleh pihak media kepada para hadirin.
kemudian majlis diteruskan dengan bacaan doa dan juga bacaan Al-Quran oleh adik mentee :)

Kemudian majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada Presiden Kelab Sendi, Br Firdaus Yahya.
Pada kali ini, Presiden kelab memberikan ucapan untuk memnceritakan semua program yang telah dijalankan oleh
Kelab Sendi sepanjang tahun ini. Selepas itu, ucapan daripada pihak Censerve iaitu Madam Martinelli Hashim atau dikenali
sebagai ibu. Ibu juga berucap mengenai kelab dan akhirnya menutup segala program Kelab Sendi pada tahun ini.

Kemudian, para hadirin disajikan pula dengan kumpulan nasyid daripada SK manjalara :)

Akhir sekali, upacara penyampaian hadiah diteruskan. Hadiah diberikan kepada peserta pemenang pertama, kedua dan ketia bagi
pertandingan Science Innovation, Math Quiz, Tilawah dan juga Ready Set go.

Pada program kali ini juga, hadiah turut diberikan kepada mentor terbaik, mentee terbaik dan juga Sekolah terbaik.
Sekolah terbaik telah dimenangi oleh SK MANJALARA.

Akhir sekali, majlis meraikan semua komiti dan mentor dengan menjemput semua orang untuk naik ke atsa pentas
sambil menyanyikan lagu Sahabat oleh Padi.



































No comments

SENDI Club IIUM 2016. Powered by Blogger.