SENDI MEGA PROJECT - Inter Sendi Mentees Challenge

Sendi Mega Project kemudiannya diteruskan dengan Inter Sendi Mentees Challenge.
Program ini berlangsung selepas tamatnya Kem Ibadah pada sebelah pagi tersebut.

Inter Sendi Mentees Challenge ini juga dikenali sebagai ISMC. Di dalam program ini kami meberikan sedikit kelainan berbanding program-program kami yang sebelum ini dimana, ISMC merupakan sebuah pertandingan di antara tiga buah sekolah ini. Antara pertandingan yang dipertandingkan adalah Science Innovation, Ready Set Go, Tilawah dan juga Math Quiz. Di harap pertandingan ini dapat menimbulkan persaingan yang sihat kepada adik-adik yaaaa :)

Pada hari program ini berlangsung, adik-adik melakukan senam robik terlebih dahulu pada sebelah pagi sebelum  mereka menyiapkan diri mereka dan bersarapan bersama-sama.

Inter Sendi Mentees Challenge bermula setelah mereka dikumpulkan di Mini Auditorium dan dibahagikan kepada pertandingan masing-masing. Petandingan Science Innovation merupakan pertandingan di mana adik-adik mencipta atau menghasilkan projek berdasarkan fakta sains. Mereka bebas mencipta apa shaja. Antaranya ialah gunung berapi buatan sendiri.

Selain itu terdapat juga pertandingan Math Quiz. Math Quiz ini diadili oleh beberapa hakim untuk menilai dan memberikan markah kepada adik-adik bagi menentukan pemenang bagi pertandingan ini. Dalam pertandingan ini, kesemua soalan yang diberikan adlah berdasarkan matematik sahaja :) Pertandingan Pertandingan tilawah pula adalah pertandingan di mana adik-adik membaca Al-Quran dan bacaan yang paling mantap dan betul tajwid nya akan diangkat sebgai pemenang :)

Akhir sekali pertandingan Ready Set Go. Pertandingan ini adalah pertandingan mini explorace. Adik-adik membentuk kumpulan dan menjawab setiap soalan di setiap checkpoint. Kesemua pertandingan ini tamat pada tengahari dan selepas solat zohor. Adik-adik telah dikumpulkan di Mini Auditorium sekali lagi menyaksikan persembahan nasyid dan juga sketsa.

Para pemenang bagi pertandingan ini diumukan pada program yang berlangsung pada malam tersebut iaitu Sendi Little Star Appreciation Night. Program tersebut juga merupaka salah satu daripada Sendi Mega Project :)























No comments

SENDI Club IIUM 2016. Powered by Blogger.