Sendi MEGA Project - Kem Ibadah 2012

Assalamualaikum semua :)



Alhamdulillah Kelab Sendi telah berjaya menamatkan 3 program besar Sendi dalam masa 2 hari 1 malam pada 19hb dan 20hb Oktober yang lepas.

Kem Ibadah Sendi

Kem ibadah ini dijalankan bagi memupuk adik-adik semua untuk menjadi lebih memahami
tentang agama Islam dan juga sejarah Islam di dunia ini.

Program dimulakan dengan pendaftaran adik-adik di CAC conference room. Adik-adik dikumpulkan mengikut kumpulan yang telah ditetapkan oleh abang-abang dan kakak-kakak mentor. Program dimulakan dengan aktiviti yang di ketuai oleh Abang Luth. Abang Luth merupakan seorang bekas pelajar UIA yang masih lagi aktif dalam menjalankan aktiviti di bawah kelab Censerve. Aktiviti yang dijalankan adalah suatu permainan supaya adik-adik kekal cergas untuk program ini.

Kemudian, adik-adik dibahagikan mengikut kumpulan masing-masing untuk sesi taaruf ataupun "Ice Breaking" bagi mengenali kumpulan masing-masing. Setelah selesai sesi taaruf tersebut, adik-adik dibawa ke masjid untuk solat Asar secara berjemaah. Kemudian aktiviti diteruskan dalam kumpukan masing-masing iaitu menghafal surah-surah lazim, zikir dan juga doa harian.

Selepas solat maghrib pula, adik-adik diteruskan dengan aktiviti mngenal sejarah nabi kita :) setiap kumpulan dibahagikan dengan seorang Rasul dan mereka perlu mempersembahkan pembentangan mereka kepada semua rakan-rakan mengenai Rasul yang telah mereka bincangkan :)

Setelah program tersebut tamat, adik-adik dibawa ke bilik masing untuk tidor dan aktivti diteruskan kepada keesokan harinya.

Pada keesokan harinya, adik-adik telah melakukan senaman aerobik yang diketuai oleh abang Aizuddin Zamani. Aktiviti ini dijalankan selepas selesainya solat Subuh. Setelah selesai aktiviti tersebut, adik-adik dsajikan dengan sarapan. Selepas itu, Inter Sendi Mentee Challenge bakal membuka tirainya dan Kem Ibadah sudah melabuhkan tirai :)



























































No comments

SENDI Club IIUM 2016. Powered by Blogger.