Sendi Mass Gathering ^^


Assalamualaikum ! ^^
Alhamdulillah, minggu lepas SENDI Kelab telah mengadakan Mass Gathering version 2.0 yang bertujuan untuk memperkenalkan SENDI kepada ahli baru dan meramaikan lagi ahli keluarga SENDI.. 
Bersyukur sangat kerana kami telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari pelajar pelajar disini.
Majlis dimulakan dengan bacaan al-Fatihah dan alunan doa oleh Br. Illya Farouk.



Selepas itu, majlis di mulai oleh President Kelab Sendi iaitu Br. Firdaus Yahya,





Kemudian, setiap Ketua Biro SENDI dikehendaki menerangkan fungsi dan peranan mereka dalam SENDI. Ini bertujuan memberi kebebasan kepada ahli baru memilih biro yang mereka minati.




Sesi Group Binding dimulakan, setelah semua Biro menerangkan tugas masing masing. ahli ahli baru Sendi dikehendaki membuat pilihan mengenai Biro yang mereka sukai :)







Program ini juga telah dimeriahkan dengan tontonan video aktiviti-aktiviti dan program yang telah dijalankan dengan jaya nya oleh SENDI sebelum ini :)

Majlis disudahi dengan acara yang ditunggu tunggu oleh semua pelajar iaitu "CABUTAN BERTUAH"
yeay! siapa agaknye yang bertuah tu ya ?? :D



tamatlah sudah entry kali ini. tunggu untuk episod yang seterusnya ya !
wassalam :)





No comments

SENDI Club IIUM 2016. Powered by Blogger.