Hello Hello Cameron ! :D

Assalamualaikum..
Apa khabar? Harap semuanya sihat2 sentiasa ya :)

Pada 12, 13 dan 14 October yang lepas, Kelab Sendi telah berjaya mengadakan Retreat 3.0 , yang berkonsepkan "Sendi Little Training" bertempat di Cameron Highlands. Program ini telah dihadiri oleh lebih 40 peserta yang terdiri daripada ahli lama dan baru Kelab Sendi.

Hari Pertama, 12 Oktober.
Rombongan ke Cameron Highlands bertolak pada pukul 6.30 ptg dan 7.30 ptg.
Trip pertama sampai dalam pukul 9 malam, then trip kedua tiba dalam pukul 11 malam.. Penat hokay! 0.0
Modul pertama terpaksa dicancelkan atas sebab semua kepenatan =.=
Tapi kitaorang teruskan jugak "Ice Breaking".. *gambar takdak! :D
Lepas habis sesi ice breaking kul 12 kami semua pun Tidurrr. zzzzz

Hari Kedua, 13 Oktober.

Subuh bangun dengan lemah longlai akibat kepenatan semalam..
Apa pun kami teruskan jugak dgn exercise pagi yang dipanggil "Lullaby Aerobic" diketuai oleh
Din, Awang, Fidi (president coool), Zaim dan Lubear !



Selepas sesi aerobic, pukul 10 kami teruskan dengan Modul 2 iaitu kami kena berlakon berkenaan ciri ciri yang diberikan. Hah, untuk pengetahuan semua *ewah! ciri-ciri mentor terbaik adalah memiliki perwatakan begini.. jeng3
  • Berkomunikasi
  • Bekerjasama
  • Positive
  • Memberi tauladan
  • Bertanggungjawab
  • Penyabar
  • Penyayang
  • DISCIPLINE
  • Mengambil berat
  • Berfikiran terbuka






Next aktiviti, kami teruskan dengan melawat di sekitar Cameron Highlands. Antara tempat yang sempat kami kunjungi ialah Ladang Teh, Ladang Strawberi dan Pasar Malam Brinchang. 






Setelah kepenatan berjalan jalan, kami pun pulang ke tempat penginapan pada pukul 7 malam.
Aktiviti seterusnya di teruskan dengan BBQ dan makan malam. sementara menunggu hidangan di BBQ kan, sedikit modul telah dijalankan bagi mengisi masa yang terluang =)




Aktiviti ditamatkan setelah jam dah menunjukkan pukul 12 malam. Zzzzzzzzzzz :)

Hari Ketiga, 14hb Oktober.
Seperti biasa aktiviti pertama pada pagi itu ialah senam aerobic ! :D
Modul seterusnya ialah sesi menjawab kuiz iaitu berkaitan dengan pengetahuan am. Sekiranya salah, ahli kumpulan tersebut akan didenda dengan diconteng muka mereka menggunakan water colour ! menarik kan ?  =)






Aktiviti terakhir diteruskan dengan bermandi manda di sungai yang berdekatan. sejuk sangat air sungai kat situ ! =S







Selesai sudah Sendi Retreat @ Sendi Little Training pada kali ini. Sudah tiba masanya kami pulang ke UIA yang tercinta :D
Bye Bye Cameron Highlands !




No comments

SENDI Club IIUM 2016. Powered by Blogger.