Jejak Menara Gading 6hb dan 7hb Julai

Pada 6hb dan 7hb  Julai yang lalu,
kelab sendi telah mengadakan program Jejak Menara Gading. Program ini diadakan di Experimental Hall, Universiti Islam Antarabangsa Program ini hanya melibatkan pelajar tahun  dari dua buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Batu Muda dan Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Maluri. Program ini bertujuan untuk menigkatkan tahap keyakinan pelajar bagi menghadapi peperiksaan UPSR.

Pelajardibahagikan kepada beberapa kumpulan. Antaranya ialah  Dutch Lady, Unicorn, Buttercup dan lain-lain. Pelajar dibahagikan tidak mengikut sekolah, mereka digabungkan daripada sekolah masing-masing dan membentuk satu kumpulan supaya dapat mempunyai lebih ramai kenalan dari sekolah lain.

Banyak aktiviti yang telah dijalankan pada program kali ini. Setibanya pelajar di Experimental Hall ini, mereka terus dibahagikan kepada kumpulan dan menjalankan aktiviti yang pertama mereka iaitu melukis bendera bagi kumpulan masing.

Pada program kali ini, kelab Sendi menggunakan sistem markah bagi setiap kumpulan. Kumpulan yang memenangi satu aktiviti akan mendapat markah. Sesudah solat maghrib dan isya, aktiviti yang seterusnya ialah Motivational Talk by Ustaz Azizul Asri. Ustaz ini telah memberikan ceramah kepada pelajar supaya menjadi lebih bermotivasi dan yakin untuk menghadapi peperiksaan dan apa jua rintangan. Ceramah ustaz juga telah memberikan kesan kepada hati mereka untuk menyanyagi ibu bapa dengan lebih banyak.

Seterusnya, program terakhir yang diadakan pada hari pertama ini ialah Night Walking. Program ini diadakan bertujuan untuk melatih mentee supaya lebih kuat fizikal dan mental. Program ini memerlukan pelajar berjalan dalam laluan yang telah ditetapkan oleh mentor secara berkumpulan. Program ini juga telah memberikan kesan kepada pelajar supaya menjadi lebih berani.

Pada hari kedua, selepas solat Subuh, mentor Br Aizuddin Zamani telah memberikan tazkirah kepada mentee sebelum akitviti diteruskan. Aktiviti seterusnya ialah Amazing Kids. Aktiviti ini berlandaskan program Amazing Race dimana setiap kumpulan perlu bekerjasama untuk meneruskan perlumbaan. Setiap check point yang mereka lalui akan diselitkan dengan aktiviti aktiviti yang menggembirakan.

Aktiviti yang seterusnya ialah  Group Dynamic 2 dan 3, pada aktiviti kali ini, setiap kumpulan akan disediakan dengan gambar-gambar kitaran haiwan. Setelah mereka berjaya menyiapkan kitaran tersebut, mereka perlu melakonkan pula di atas bagi menceritakan kitaran haiwan tersebut. Dalam GD 2 dan 3 juga, mentee perlu menyiapkan Pulau Impian. Setiap kumpulan akan diberikan dengan gambar asas seperti hospital, balai polis dan balai bomba. Mereka perlu menggunakan kreativiti mereka untuk menjadikan pulau itu cantik dan menarik di samping kperluan asas yang mencukupi.

Aktiviti yang dijalankan selepas pelajar solat zohor ialah cultural night. Disini setiap kumpulan diberikan dengan peribahasa dan mereka perlu melakonkan satu adegan yang berkaitan dengan peribahasa tersebut. Aktiviti yang dijalankan ini berjaya membuatkan mentee lebih faham akan maksud setiap peribahasa tersebut dan boleh menggunakannya semasa membuat karangan nanti.

Aktiviti yang terkahir yang diadakan sesudah solat maghrib ialah Majlis Penutup. Pada majlis ini, ibu bapa serta wakil Censerve juga turut termasuk lah Madam Martinelli Hashim. Kumpulan yang telah berjaya memenangi setiap aktiviti akan dipanggil untuk naik ke pentas bagi menerima hadiah. Selain tu, terdapat juga Anugerah Mentee Terbaik (Lelaki dan Perempuan) dan juga Anugerah Mentor Terbaik (Lelaki dan Perempuan). Di bawah adalah beberapa gambar spenajang program ini dijalankan :









































No comments

SENDI Club IIUM 2016. Powered by Blogger.