English is FUN !

Assalamualaikum para pembaca blog Sendi sekalian ! :)

Kali ini kami nak share cerita tentang program yang telah dijalankan dibawah penyeliaan biro Public Relation. Program ini dinamakan Dynamic Mentoring 6 yang bertemakan English is Fun. Program yang bertempat di Sekolah Manjalara ini telah dimeriahkan dengan adik adik mentee dari Sekolah Manjalara dan Sekolah Taman Bukit Maluri. Kami, abang abang dan kakak kakak mentee telah berkonvoi beramai ramai ke Sekolah Manjalara untuk bertemu dengan peserta peserta proram kali ini. Program ini telah diwarnai dengan pelbagai aktiviti yang menarik antaranya: Spell It Right, Alphabet dan diakhiri dengan aktiviti kemuncak iaitu Explorace. Best sangat tapi yang sedihnya adik-adik dari Sekolah Taman Bukit Maluri hanya sempat bersama kami dalam aktiviti Explorace sahaja, disebabkan oleh perkara yang tidak dapat dielakkan. Dan buat adik mentee dari Sekolah Kg Selayang yang tidak bersama kami dalam program ini, jangan bersedih yer. Insyaallah nanti kita akan berjumpa dan berkumpul ramai-ramai dalam program Sendi yang akan datang. Sebagai akhirannya, kami dari keluarga Sendi ingin mengucapkan terima kasih di atas kerjasama dari pihak Sekolah Manjalara dan Sekolah Taman Bukit Maluri dalam menjayakan Dynamic Mentoring 6 kali ini.Tidak lupa juga kepada peserta peserta yang terlibat, terima kasih diatas sokongan korang..adik-adik semua sporting sangat J , you guys…

Let’s enjoy some snap picture during the program..








No comments

SENDI Club IIUM 2016. Powered by Blogger.