Sendi Mahabbah Day 2012

Assalamualaikum w.b.t
Hai semua ! 

Alhamdulillah, pada 4 Mac 2012 Kelab Sendi telah selesai di adakan Sendi Mahabbah Day iaitu program pertama Kelab Sendi bersama dengan para ibubapa dan guru bagi tahun 2012. Majlis ini berlangsung di Mini Auditorium A, Kuliyah Kejuruteraan, UIAM. Secara am nya, program ini bertujuan memperkenalkan kelab Sendi kepada ibubapa serta para guru setiap sekolah.


Seribu ucapan terima kasih kepada Madam Martinelli yang mewakili Censerve, dan kepada wakil dari tiga buah sekolah iaitu Sekolah Taman Maluri, Sekolah Batu Muda dan Sekolah Menjalara. Sayang nya wakil dari Sekolah Kg Selayang tidak dapat menyertai kami pada hari tersebut. Hope to meet you guys on another event.
  
Majlis dimulakan dengan bacaan Asma Al Husna dan bacaan doa. Kemudian para hadirin di sajikan dengan video aktiviti aktiviti Kelab Sendi sepanjang tahun 2011.



Presiden kelab Sendi memulakan ucapan kata aluan dan diteruskan dengan sesi pembentangan Almanac iaitu aktiviti-aktiviti yang bakal dijalan kan oleh Kelab Sendi sepanjang tahun 2012. Majlis diteruskan pula dengan ucapan daripada ibu Martinelli yang mewakili pihak Censerve.  Kelab Sendi sangat berbesar hati dengan kesudian pengetua dari SK Menjalara kerana kesudian beliau menyampaikan ucapan.


Akhirnya majlis Mahabbah Day sampai ke kemuncaknya iaitu sesi menandatangani MOU antara Sekolah Kg Selayang, Sekolah Menjalara, Sekolah Batu Muda dan Sekolah Taman Maluri dengan pihak Sendi yang diwakili oleh Ibu Martinelli.






  
Sementara majlis bersama ibubapa dijalan kan di dalam dewan, adik adik mentee yang hadir beramah mesra dengan mentor di luar dewan. Dan pihak mentor juga telah menyediakan pelbagai aktiviti yang menarik untuk adik adik mentee.








 Selepas selesai sesi soal jawab diantara pihak ibubapa, guru dan pihak Sendi, tibalah masa nya untuk bersurai. Majlis disudahi dengan memperkenalkan kumpulan adik adik mentee bersama mentor mereka kepada ibu bapa. Alhamdulillah, ianya berjalan dengan begitu lancar sekali dan ribuan tahniah dan juga terima kasih kepada para ibu bapa dan adik adik yang hadir.






Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih daripada kami pihak Kelab Sendi kepada para ibu bapa dan pihak guru yang tidak putus putus memberikan kerjasama, kepercayaan dan komitmen terhadap sebarang program yang kami jalankan.  Tanpa anda semua siapa lah kami. Hope to see you again on the next event. Wassalam :)

No comments

SENDI Club IIUM 2016. Powered by Blogger.