Sendi Annual General Meeting 2011

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, pada 9 December lalu telah selesai di adakan Annual General Meeting bagi tahun 2011 bertempat di Auditorium A, Kuliyah Kejuruteraan. Secara am nya, program ini bertujuan untuk mengimbas kembali perjalanan Kelab Sendi sepanjang sesi 2010/2011. Alhamdulillah, ianya berjalan dengan begitu lancar sekali dan ribuan tahniah dan juga terima kasih untuk adik-adik junior yang berjaya mengendalikan program dengan jayanya walaupun sibuk dengan persediaan peperiksaan akhir sem yang bakal kunjung tiba.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh presiden kelab Sendi dan diteruskan dengan sesi pembentangan laporan tahunan kelab sepanjang tahun 2010. Kemudian, majlis diteruskan pula dengan pelantikan exco-exco baru kelab Sendi dan sekalung tahniah kepada Firdaus Yahya di atas pelantikan beliau sebagai presiden baru yang bakal menerajui barisan baru pucuk kepimpinan kelab Sendi bagi tahun 2012.

Tahniah jua kepada semua barisan pucuk kepimpinan yang di pilih. semoga sentiasa ikhlas dalam melaksanakan tugas dan memikul tanggungjawab yang telah di amanahkan dengan sebaik mungkin. Ribuan terima kasih juga kami ucapkan kepada barisan kepimpinan lama di atas segala usaha, jasa dan budi yang telah di curahkan untuk kecemerlangan dan kelancaran kelab sendi. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas budi kalian dan moga sentiasa dalam redha-Nya. insyaAllah :)




No comments

SENDI Club IIUM 2016. Powered by Blogger.