Retreat Sendi at Port Dickson

Salam semua. moga sentiasa sihat dalam redhaNya :)

Haa pada 16 January lalu, kami baru sahaja selesai menjalankan sebuah program training and leadership khusus untuk barisan Management Board Sendi Club bagi sesi 2011/2012. Program ini telah di jalankan selama 3 hari bertempat di Port Dickson, Negeri Sembilan. Hampir dua jam perjalanan menaiki bas UIA, alhamdulillah sampai jua kami ke destinasi berhampiran pantai Teluk Kemang. huhu damai terasa melihat lokasi penginapan kami yang betul-betul menghadap ke arah laut :) Seramai 31 orang ahli telah turut serta diringi beberapa orang senior yang turut sama turun padang bersama-sama berkongsi ilmu dan pengalaman. Pelbagai modul-modul menarik telah di jalankan untuk mengukuhkan lagi ukhuwah sesama ahli di samping memberi peluang kepada kepimpinan baru untuk mempelajari selok belok pengurusan kelab yang lebih sempurna dan memperbaiki segala kekurangan yang ada. Selain itu, program ini juga menjadi satu medium penting perkongsian pengalaman antara senior dan junior. Boleh dikatakan workshop sambil bercuti laa. cuma bezanya, pendekatannya lebih santai dan tidak terlalu "strict", tapi masih penuh dengan input dan output yang tak ternilai harganya :)















banyak pengalaman dan pengetahuan yang diperoleh sepanjang program ini berlangsung. harapannya, moga Sendi Club terus berjaya dan cemerlang dalam mengendalikan program-program yang lebih bermanfaat dan berbakti kepada nusa dan bangsa. insyaAllah

a big thanks senior !


till then, see you guys again. selamat bercuti ! lotsa love~ (",)

No comments

SENDI Club IIUM 2016. Powered by Blogger.