Ramadhan kareem


Assalamualaikum w.b.t 

Salam ramadhan dan selamat berpuasa semua ! huhu, sedar tak sedar, fasa kedua ramadhan sudah pun bermula. Alhamdulillah, syukur kerana masih diberi peluang untuk bersama ramadhan. Moga Allah memberi kita ruang dan peluang untuk terus melaksanakan proses "bulan madu" bersama Ramadhan dengan sesempurna mungkin. InsyaAllah =) 

Sendi Club mengucapkan SELAMAT BERPUASA dan selamat bercuti kepada semua warga sendi terutamanya, dan juga kepada adik-adik dan cikgu-cikgu sk bukit maluri, sk menjalara, sk kg. selayang dan juga sk batu muda. semoga ramadhan kali ini memberi seribu satu erti yang bermakna dalam hidup kita. 

Sekadar ingatan pada diri dan sesiapa sahaja yang singgah disini, moga Ramadhan tidak di biar berlalu sepi, imarahkan dengan amal, biar sedikit asalkan istiqamah dalam setiap perkara yang dilakukan. Andai ini yang terakhir, moga Allah anugerahkan Ramadhan ini yang paling terbaik. InsyaAllah. 

Selamat berbuka (",) 


“Orang yang berpuasa itu mempunyai dua kegembiraan, pertama ialah ketika dia berbuka dan yang kedua ialah ketika ia bertemu dengan TuhanNya.” 

HR Bukhari & Muslim


No comments

SENDI Club IIUM 2016. Powered by Blogger.