Jom baca Quran

Assalamualaikum semua..

Memasuki hari ke-15 hari ini, Ramadhan seakan pantas benar berlalu. Moga-moga kita masih diberi peluang sehingga keakhirnya. Hows your ramadhan my dear readers? mesti meriah kann. Haaa ramadhan kali ni saya kira agak berbeza dan besar maknanya kepada ahli-ahli Sendi yakni pelajar uia sendiri. Kalau dulu seminggu sebelum raya baru lah berpeluang berpuasa bersama keluarga, tetapi tahun ini kami semua berpeluang berpuasa sepenuhnya di rumah. Hoyeh, 30 hari bleh merasa masakan bonda, pasti nye itu satu kenikmatan buat kami. hehe

ok, entry kali ni saya nak kongsikan bersama tentang satu kisah yang cukup menarik dan boleh dijadikan pedoman. InsyaAllah.. sama-sama kita renungkan :]

KENAPA KITA PERLU BACA QURAN, WALAUPUN KITA TAK MEMAHAMINYA ?


(Untuk renungan kita bersama di bulan mulia. Kalau pada masa lain, liat nak baca quran tue, sekurang-kurangnya, pada bulan nie, kita cubalah juga kalau pun tak dapat nak khatam.)

Kisah ini dipetik daripada kisah yang ditulis dalam Bahasa Inggeris.

Ada seorang Atuk tua tinggal bersama cucu lelakinya di sebuah bukit di pedalaman. Setiap pagi, Atuk bangun awal pagi, duduk di meja makan dan membaca Al-Quran. Cucunya ingin menjadi seperti Atuk dan meniru seberapa boleh akan bacaan yang dibaca oleh Atuknya. Pada suatu hari, cucunya bertanya"Atuk, saya cuba membaca Al-Quran macam Atuk baca, tapi saya tak faham pun ! Dan jika saya faham sekali pun, saya akan lupa sebaik sahaja saya menutupinya. Apa bagusnya bila kita membaca Al-Quran ?". 

Sedang orang tua itu meletakkan arang batu ke dalam dapur pemanas badan, dengan perlahan dia menoleh kepada cucunya sambil berkata, "Bawa guni arang batu ini ke sungai, dan bawakan Atuk seguni air".

Budak lelaki itu buat seperti apa yang disuruh, tetapi semua air itu membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah. Atuk ketawa dan berkata, "Kamu hendaklah berjalan lebih cepat untuk yang akan datang !", dan meminta cucunya ke sungai bersama dengan guni arang batu untuk mencuba sekali lagi. Kali ini budak lelaki itu berjalan lebih laju, sekali lagi guni itu kosong sebelum dia tiba ke rumah. Terlalu letih, dia memberitahu Atuknya bahawa mana mungkin untuk membawa air di dalam guni, dan dia pergi untuk mengambil baldi. Atuk pun berkata, "Atuk tidak mahu sebaldi air, Atuk mahu seguni air ! Kamu tidak cukup kuat mencubanya", dan dia menuju ke pintu melihat cucunya mencuba lagi.

Pada ketika itu, budak lelaki itu sudah tahu bahawa tidak mungkin dapat membawa air di dalam guni hingga ke rumah, tetapi untuk tidak menunjukkan apa-apa reaksi kepada Atuknya, dia berlari seberapa laju yang boleh. Semua air yang dibawa masih membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah. Budak lelaki itu sekali lagi pergi ke sungai dan berlari secepat mungkin dengan seguni air, tetapi apabila sampai kepada Atuknya, guni tersebut sekali lagi kosong. 

Meletihkan dan katanya, "Tengok Atuk, tak guna !". "Jadi, kamu fikir ianya tidak berguna?", Atuk berkata lagi, "Tengok guni itu !". Budak lelaki itu melihat akan guni tersebut dan buat kali pertamanya dia sedar bahawa guni tersebut sudah berubah. Ia telah bertukar daripada guni lama yang kotor bekas arang batu, menjadi begitu bersih, luar dan dalam !.

"Cucuku, itulah yang akan berlaku jika kamu membaca Al-Quran. Kamu mungkin tidak faham ataupun ingat kesemuanya. Tetapi apabila kamu membacanya, kamu akan berubah dengan sendirinya, dalaman dan luaran. Itulah kurniaan Allah s.w.t. dalam kehidupan kita".

sumber : wacava.net

No comments

SENDI Club IIUM 2016. Powered by Blogger.