Retreat Sendi di Balok, Kuantan

hollalaa.. kabare sume? arini admin nak bercerita sedikit sebanyak tentang program retreat Sendi di Balok, Kuantan baru-baru ini. program apekah itu? ahaa meh meh admin nk cite. Pada pagi 16 April lalu, kami ahli-ahli Sendi telah bertolak ke Balok,Kuantan menaiki bas UIA. Selepas dua jam perjalanan, kami tiba di homestay berdekatan Pantai Berserah. Secara umumnya, program retreat sendi ini di adakan khusus untuk semua ahli jawatankuasa kelab sendi sebagai satu medium untuk berkongsi pengalaman dan juge ilmu-ilmu pengurusan kelab antara senior dan juge junior di samping mengukuhkan lagi ukhuwah sesama ahli. Pada awalnya, program ini telah di rancang pada hujung Februari lalu. Namun dek kerana keadaan cuaca yang tidak mengizinkan, program ini terpaksa di tangguhkan. dann Alhamdulillah ianya berjaya juga di laksanakan pada April lalu. Pelbagai aktiviti menarik telah di adakan seperti teambuilding, mencipta modul paling menarik, membina istana pasir, menikmati matahari terbit, BBQ dan banyak lagi


sesi mencanang idea memikirkan modul terbaik




tadaa. ni lah die hasil cetusan idea-idea kratif para peserta 



koleksi istana pasir yang terbina. cun cun sumenyee ! 


sunrise view di pantai berserah. berbaloi-baloi bangon awal subuh. tehee~




scara konklusinya, sendi retreat program kali ini banyak meninggalkan memori indah dalam diri setiap peserta yang hadir. ia bukan hanya program yang suka-suka, namun ianya penuh dengan input dan output yang tak ternilai harganya. harapan kami, moga-moga program seumpama ini dapat dijadikan sebagai satu aktiviti tahunan untuk memantapkan lagi pengurusan kelab d samping mengkaji dan memperbaiki sgala kekurangan yang ada. insyaAllah (",) 


sendi club ~


pst: special thanks untuk bro wan dollah kerana sudi membantu kami sepanjang program. thanks a lot !

No comments

SENDI Club IIUM 2016. Powered by Blogger.