Mentor Appreciation Night


yeahh~ "mentor appreciation night". malam yang paling di nanti-nanti kan oleh warga Sendi Club. haa sbb ape? sebab boleh makn free! tiada caj tambahan, juge tiada cukai2 tersembunyi. hahah~ ok, pada malam 11 Mac lalu, ahli-ahli Sendi Club telah di rai secara sederhana dalam satu majlis santai bertempat di tepi tasik UIAM berhampiran female sport complex. Pada awalnya, program ini telah di rancang pada malam sebelumnya, namun dek kerana sedikit masalah yang timbul, pihak komiti terpaksa mengubah tarikh dan tempatnya. Namun, segalanya berjalan dengan lancar. Pelbagai acara menarik telah d jalankan dan program ini telah berjaya mencapai salah satu objektif penting nya iaitu mengeratkan lagi ikatan silaturahim antara mentor-mentor yg juge terdiri daripada ahli-ahli baru dan lama. dan yang paling penting, tentu lah saja aktiviti ber BBQ. pelbagai jenis sajian di sediakan seperti sate, nasi goreng etc dan termasuk lah ayam panggang hasil kepakaran ahli-ahli sendi yang berpenat lelah berkipas kipasan untuk memastikan mutu dan rasa ayam dan daging BBQ terjamin kelazatannya. Saya selitkan beberapa keping gmbar untuk tatapan warga sendi sekalian. cekidoutt~



Antara yang hadir. keterujaan melanda diri~



suasana belon belonan memenuhi ruang





mereka-mereka yang di kenakan hukuman "calit bedak jamu Sendi". haha

 

dan mereka si pemanggang ayam yang profesional. eh ! hawaiian pon adee

dan majlis pada malam itu telah di kejutkan dengan "suprise party" khusus untuk beberapa orang mentor sebagai meraikan ulangtahun mereka pada bulan Mac lalu. tadaaa, kek coklat yummy2 yumm, sponsored by Sendi Club. moga kalian sntiasa mendapat keberkatanNya di dunya wal akhirah dan di murahkan rezeki sentiasa.. insyaAllah~ Tak lupe, ribuan terima kasih untuk mereka yang sudi menaja beberapa sajian khas untuk malam penghargaan mentor pada kali ini. mucho mucho gracias de amorrr ! (",)


No comments

SENDI Club IIUM 2016. Powered by Blogger.